Thursday, January 8, 2009

Skrip baru..'Perjalanan Anwar ke Putrajaya'

..Walaupun telah terbukti segala kenyataan dan perancangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru gagal, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu hendak bentuk kerajaan baru.

Jika sasarannya pada 16 September dan menjelang Hari Raya Aidil Adha kini tinggal angan-angan, pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula dijadikan ‘skrip’ baru bagi melengkapkan drama ‘Perjalanan Anwar ke Putrajaya’.

Menurut beliau, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi faktor mempercepatkan usaha membentuk kerajaan Persekutuan yang baru. Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu hari Rabu.

Kenyataan terbaru beliau itu jika diimbas kembali tidak banyak bezanya dengan lagu yang ‘dinyanyikan’ pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu. Jika ketika itu, kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan memberikan tiket bagi beliau masuk ke Dewan Rakyat dan menjadi Perdana Menteri, kini kemenangan PAS pula dikatakan akan menunaikan impiannya untuk bergelar orang nombor satu di Malaysia.

Namun hakikatnya, setelah segala perancangannya tidak menjadi, Anwar menyalahkan pula kerajaan sedia ada sebagai penghalang kepada usahanya membentuk kerajaan baru. Walaupun mendakwa mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat bagi menyertainya membentuk kerajaan. Namun semua itu tidak pernah dapat dibuktikan oleh Anwar.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu menjadi ‘Mat Jenin’ dalam soal pembentukan kerajaan baru dan juga dilaporkan tidak pernah melihat senarai yang didakwa Anwar .

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali yang tidak yakin kerajaan baru dapat dibentuk dilaporkan pernah berkata, beliau meminta semua pihak menunggu 16 September untuk mengetahui adakah Anwar benar tentang usahanya itu atau kenyataan beliau bahawa usaha berkenan tidak akan menjadi kenyataan yang benar. Apa-apa pun ada yang memberikan komen ‘biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya’. – 7/1/2008

sumber - Agendadaily

Mustikainda: ANWAR IBRAHIM DAH MACAM TERCABUT FIUS KAT PENCAWANG OTAKNYA.... BEBERAPA SIRI RANCANGANNYA DALAM SKRIP-SKRIP SEBELUM INI GAGAL...MUNGKIN BELIAU TERLALU TERTEKAN. DIHANTUK KEPALANYA SENDIRI DI DINDING...MAKA TERCABUTLAH FIUS KEWARASAN YANG MENJADI TUNJANG 'KEBIJAKSANAAN' BELIAU SELAMA INI. KESIANNNNNN.....................

No comments: