Oleh: Citra Adora
PBB perlu bertindak segera dalam menangani kemelut serangan ganas Israel ke atas Palestin. Begitu juga dengan negara-negara kuasa besar dunia yang lain. Israel kini semakin mengganas dan menunjukkan kekuasaannya dengan bertubi-tubi menyerang dan membunuh rakyat Arab Palestin menerusi jalan darat mahupun udara. Ramai yang telah terkorban.
Anak-anak kecil, wanita dan orang tua turut menjadi mangsa. Bangunan dan penempatan juga habis musnah.Saya bersetuju dengan saranan Tun Dr. Mahathir. Meskipun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata menyerang Israel bagi membantu Palestin tetapi kita boleh membantu dengan cara memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat secara selektif dan kecil-kecilan.
Kita mungkin tidak dapat memboikot semua keluaran negara-negara tersebut memandangkan mereka merupakan antara negara pengeluar terbesar dunia.Kita juga boleh menghulurkan sumbangan yang termampu kepada tabung kemanusiaan khusus untuk membantu penduduk Palestin.
No comments:
Post a Comment