Saturday, January 10, 2009

DAP LEBIH BAIK DARIPADA MCA,PAS TERUS BERGANTUNG KEPADA DAP

KOTA BHARU 8 Jan. – Pas akan terus ‘bergantung’ kepada DAP dalam mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat bagi mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) suatu hari nanti.Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, biarpun begitu, Pas masih bebas bersuara untuk menyatakan pandangan serta pendiriannya.“Apa salahnya Pas bergantung kepada DAP, UMNO bergantung kepada MCA sudah berpuluh tahun, DAP bukan parti komunis, malah lagi baik berbanding MCA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang pendapat umum yang mengatakan suara parti tersebut terbatas dan terlalu tunduk kepada DAP terutama dalam isu hudud, Husam berkata:“Apa pula yang terbatas, bagi contoh, hudud saya sudah sebut, itulah lebihnya pakatan pembangkang, kita bukannya jadi parti boneka macam BN.”Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Pas supaya tidak tunduk dengan gesaan DAP yang mahu parti itu menghentikan cita-cita membentuk negara Islam dengan pelaksanaan hukum hudud.
Sebelum itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terus bertegas menentang pelaksanaan negara Islam dan hudud di negara ini.Karpal juga meminta pemimpin Pas supaya menghentikan kenyataan dan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mahu terus berada dalam pakatan pembangkang kerana syarat itulah yang membolehkan mereka terus bekerjasama dalam pilihan raya umum lalu.Husam berkata, sebagai contoh, tiada siapa yang membangkit isu hudud ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya, BN hanya membangkitkan isu pembahagian hak milik kekal tanah kampung baru di Perak sebagai senjata untuk memburukkan pakatan pembangkang.“Saya telah katakan ini lebih kepada isu perkauman kerana yang mendapat hak milik kekal ialah orang Cina sebab itu Majlis Tanah Negara (MTN) halang.“Saya rasa ini isu perkauman dan orang Cina sedar perkara ini serta ia menjadi satu senjata yang berkesan di Kuala Terengganu nanti,” katanya.Tambahnya, kerjasama dengan DAP amat penting kerana titik pertemuan perjuangan mereka adalah sama iaitu untuk keadilan.
*************************************************
Tulip Desa
Ternyata PAS cuba menyembunyikan kekalutan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat berhubung isu hudud yang mendapat bantahan daripada DAP. Kenyataan Husam Musa yang menyatakan akan terus bergantung dengan DAP dalam mewujudkan Pakatan Rakyat yang kukuh menggambarkan PAS tidak berpegang kepada nawaitu sebenar untuk menegakkan agama Islam. Tidakkah PAS tahu DAP adalah serpihan daripada parti PAP yang jelas matlamatnya mahu menghakis hak keistimewaan orang Melayu dan memecahbelahkan orang Islam di Malaysia? Adakah PAS mahu Malaysia jadi negara Singapura yang kedua? Sedarlah wahai kepimpinan PAS, niat baik DAP dan PKR bukanlah lahir daripada hati yang ikhlas tetapi penuh dengan agenda jahat untuk menghancurkan orang Melayu dan Islam.

No comments: