Thursday, January 8, 2009

Jangan Mereka-Reka Cerita Media Dikawal UMNO, BN

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama) -- Pemuda Umno Kuala Terengganu hari ini meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak mereka-reka cerita bahawa laporan yang ditulis wartawan dari kawasan tugasan masing-masing ditukar oleh "orang Umno dan BN� di ibu pejabat di Kuala Lumpur.Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu Badrol Hisham Zaki berkata Abdul Hadi perlu berfikir sebelum membuat kenyataan itu kerana dakwaan itu sememangnya tidak berlaku."Pengarang akhbar dan pengawal berita di stesen penyiaran bukan ahli politik pun, malah mereka adalah wartawan profesional yang beretika dan berpengalaman."Pembohongan yang dibuat hanya akan mengelirukan orang ramai sahaja. Saya pun pernah berurusan dengan pihak media," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.Badrol berkata Abdul Hadi membuat dakwaan itu ketika berucap pada satu ceramah pembangkang di sini malam tadi.Menurut Badrol, Hadi mendakwa beliau (Hadi) kasihan dengan nasib wartawan kerana apabila laporan berita sampai ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, �orang Umno dan BN� menukarnya."Lebih baik PAS siasat sama ada sudah menjadi kebiasaan pemimpin mereka berbuat demikian apabila pemberita Harakah menghantar berita ke ibu pejabatnya. Tambahan pula pengarang dan penulis di Harakah yang menjadi terbitan parti itu, memang ahli politik PAS," katanya.-- BERNAMA
PUTRI: JANGAN TERTIPU DGN KATA-KATA PEMBANGKANG.....

No comments: