Oleh: pemikir
Kegiatan rasuah adalah satu perbuatan keji di mana-mana jua. Di negara Republik Rakyat China, mereka yang didapati salah dari segi undang-undang akan dihukum tembak sampai mati. Baru-baru ini bekas Presiden Taiwan, dipenjara kerana rasuah, begitu juga dengan bekas Presiden Korea Selatan dipenjarakan kerana rasuah.
Negara-negara Asean mengutuk mereka yang terlibat dalam rasuah. Di Indonesia, kehakimannya telah menjatuhkan hukuman penjara kepada beberapa menteri, peniaga-peniaga dan ahli keluarga Presiden tertentu ke penjara kerana rasuah yang melibatkan berjuta-juta dolar. Begitu juga di Thailand, bekas Perdana Menteri Thaksin dikejar ke pelusuk dunia oleh Bangkok kerana cuba melarikan diri dari dihukum. Beliau menjadi fugitive mencari negara yang sanggup menerimanya.
Di Malaysia, kerajaan BN mempunyai cukup undang-undang untuk mencegah kegiatan rasuah. Beribu penjawat awam telah dihukum kerana rasuah. Baru-baru ini, parlimen meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya ini adalah bebas daripada dipengaruhi dan mempunyai cukup peruntukan dalam akta untuk menjalankan tugas dengan rapinya dan berkesan.
Pemerhati politik melihat bahawa Malaysia adalah serius dalam usahanya untuk membanteras gejala rasuah. NGO-NGO mengalu-alukan kesungguhan kerajaan dan mereka percaya bahawa tindakan-tindakan ini akan menarik pelabur ke Malaysia supaya ekonomi negara terus tumbuh dan bercambah.
Sunday, January 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment