Wednesday, January 14, 2009

JANGAN CONTOHI KEPIMPINAN ANWAR

Oleh: Citra Adora

Anwar Ibrahim (DSAI) datang lagi Kuala Terengganu malam ini bagi memberi sokongan dan membantu kempen-kempen rakan sekutunya, PAS.

Namun sikap beliau ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Apa tidaknya beliau ini sekejap datang, sekejap balik semula ke Kuala Lumpur. Apabila berceramah, Anwar menaburkan pelbagai janji manis kepada penyokong-penyokongnya. Tetapi apabila para penyokongnya mula bersemangat dengan hujah-hujah yang ditaburkan, esoknya beliau sudah kembali ke Kuala Lumpur. Hujahnya hanya sekadar melepas batuk di tangga. Bagaimana penyokong-penyokong hendak mengutarakan masalah jika beliau sekejap ada, sekejap tiada.

Sepatutnya selaku Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau sentiasa berada di bumi Kuala Terengganu ini bagi membantu kempen calon PAS dan mendengar masalah-masalah rakyat.

Inikah contoh pemimpin yang ingin kita pilih bagi menerajui Negara? Agaknya bila dah berjaya menggapai cita-citanya sebagai PM nanti, Anwar akan terbang ke sana ke mari. Bukannya bekerja keras membangunkan Negara mencari pelabur dan merangsang ekonomi negara, tetapi ke hulu ke hilir berfoya-foya. Nasib negara entah ke mana, nasib rakyat pula tak terbela.

No comments: