Oleh: Pemikir
Kini kempen Pilihan Raya Kecil sudah masuk hari yang ke-4 sejak penamaan calon pada 6 Januari 2009. Jentera-jentera calon cuba mempengaruhi pengundi-pengundi di 4 Dun iaitu, wakaf Mempelam, Ladang, Bandar dan Batu Burok.
Calon PAS telah membawa penyokong-penyokong seperti MP Permatang Pauh, MP Machang (S. Nasution) untuk menjalankan kerja putar-belit dengan tujuan untuk menipu rakyat dengan pembohongan-pembohongan masing-masing. MP Permatang Pauh masih berazam untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan perkara ini tidak jadi kenyataan pada 16 September 2008.
Terdengar desas-desus bahawa seorang lagi akan datang berkempen di Kuala Terengganu. Beliau merupakan bekas ahli Senat dan telah dipecat dari UMNO kerana sudah sesat perjalanan.
Pemerhati berpendapat pengundi-pengundi perlu berwaspada kerana pemutar alam dari pembangkang akan memainkan lagu-lagu lama ditelinga pengundi Kuala Terengganu. Diharapkan pengundi tidak terpedaya dengan tipu daya pembangkang yang terbukti tidak dapat membawa apa-apa pembangunan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment