Friday, January 9, 2009

MP PERMATANG PAUH, SEKUTU ZIONIS ISRAEL, MENZALIMI RAKYAT PALESTIN

Oleh : Pemikir
Situasi di Timur Tengah terus bergolak terutamanya di Palestin.Tentera Yahudi terus membakar Bandar-bandar utama di Gaza tanpa belas kasihan. Mereka boleh diumpamakan seperti Dracula yang kehausan darah manusia. Pada mereka pembunuhan kanak-kanak, orang-orang cacat, orang-orang tua tidak dapat dielakkan malahan dengan sombongnya dianggap sebagai collateral damages iaitu penghapusan yang dianggap biasa dalam keadaan peperangan.

Mereka mengepung Bandar-bandar dan penduduk-penduduk tempatan sehingga mereka tidak ada langsung kemudahan asas seperti perubatan, makanan, baju-baju sehingga kanak-kanak mati kelaparan dan kesejukan. Perbuatan biadap Zionis ini bolehlah dianggap kezaliman terbesar tenteranya sejak 1947 apabila Negara-negara Eropah merampas 2/3 tanah Palestin dan diberikan secara haram kepada Zionis yang sebelum itu merempat di merata-rata dunia.

MP Permatang Pauh, Anwar Ibrahim mempunyai jaringan dengan puak-puak tertentu Yahudi dan juga di Washington D.C. Beliau yang sayang sangat pemimpin-pemimpin berdarah Zionis di Washington seperti Wolfowitz dan lain-lain lagi sepatutnya bertindak menghentam dengan sekeras-kerasnya tindakan jahat Amerika dan sekutunya, Tel Aviv. Beliau hendaklah berganding bahu dengan pihak Zionis mesti menyelamatkan rakyat Palestin dari terus dihapus oleh Yahudi Ehud, Perdana Menterinya.

MP Permatang Pauh bersama-sama dengan Amien Rais, Jakarta sepatutnya telah memanggil kawan-kawannya di Washington dan Tel Aviv untuk membincangkan gencatan senjata. Kenapa beliau berdiam sepi?. Tidakkah beliau mempunyai hati perut terhadap keganasan yang menimpa orang Palestin?.

Pemerhati mendesak MP Permatang Pauh terbang ke Washington dan Tel Aviv demi mententeramkan puak Zionis bermaharajalela di Gaza.

No comments: