KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bertekad memberikan pertimbangan terhadap semua permintaan dan keperluan kakitangan awam sebaik menjadi Perdana Menteri nanti.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memenuhi setiap permintaan kakitangan kerajaan jika berkemampuan. "Saya berazam untuk teruskan kerja baik yang dibuat Perdana Menteri sebelum ini bagi memastikan Malaysia melonjak dan menjadi kebangsaan seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada perjumpaan dengan kakitangan Persekutuan dan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, tengah hari tadi.
Sumber: Berita Harian Online (11 Jan. 2009)
No comments:
Post a Comment