sumber: kpmu.net
Bolehkah rakyat di Kuala Terengganu menerima Anwar Ibrahim dan apakah mereka boleh ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah-ceramah beliau seperti mana pengundi Permatang Pauh tertipu dan terpengaruh dengan putra belit Anwar. Pengundi Kuala Terengganu tidaklah terpesong jauh seperti mana yang berlaku dengan pengundi di Permatang Pauh.
Gelanggang Kuala Terengganu bukanlah seperti gelanggang di Permatang Pauh. Pengundi di Kuala Terengganu sebenarnya faham dan tahu bahawa Pas kini berada dalam satu situasi yang tertekan apabila berkompromi dengan parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP dan PKR. Sehingga hari mereka tidak lagi dapat menyatukan ideologi yang berbeza untuk disatukan dalam pakatan yang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat.
Sehingga hari ini mereka masih belum dapat bersatu dibawah satu lambang seperti BN bersatu dibawah lambang dacing. Mereka akan bergerak mengikut kekuatan sokongan seperti mana yang berlaku di Permatang Pauh mereka bergerak dibawah lambang PKR. Parti gabungan Pakatan Rakyat tidak ikhlas sesama sendiri, mereka akan menyorokan lambang parti bangsa lain dikawasan yang mana ramai bangsa lain sebagai pengundi, umpamanya lambang DAP tidak akan naik di kawasan orang Melayu yang banyak menyokong Pas dan lambang PAS tidak akan naik dikawasan yang mana majoriti pengundi China. Lambang PKR juga tidak akan dinaikan di kawasan yang mana ramai penyokong parti Pas.
Ramai yang berharap agar Anwar Ibrahim turun berkempen secara aktif di Kuala Terengganu dan sebagai Ketua Pembangkang Anwar seharusnya menjadi tunjang kepada pilihanraya kecil ini dan memainkan peranan penting bagi memastikan calon mereka berjaya menawan kerusi Kuala Terengganu. Belumpun bermula kempen pilihanraya kecil ini, Pas sudah celaru untuk memilih calon apabila dikatakan mereka kini mempunyai perbedaan pendapat kerana kumpulan Erdogan (penyokong Anwar dalam Pas) mahu Kuala Terengganu diwakili oleh kumpulan mereka dan Nik Aziz pula mahukan Mat Sabu dan tentu sekali Hj Hadi mahu kan calon yang mewakili kumpulan mereka (pas traditional) untuk menjadi calon dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Senario politik sekarang amat berbeza sekali setelah hampir lapan bulan berlalunya Pilihanraya Umum yang lalu. Pakatan Rakyat gagal memerentah di beberapa negeri dan rakyat mula bosan dengan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor Kedah dan juga Pulau Pinang. Merka gagal melaksanakan segala janji-janji ketika Pilihanraya Umum yang lalu. Hampir setahun memerentah, mereka gagal melaksanakan janji mereka dan Pas dikatakan sebagai sebuah parti yang hanya menjadi penumpang dan boneka yang terpaksa akur kepada PKR dan juga DAP. Pas juga telah banyak lari dari perjuangan asal mereka dan ada kumpulan dalam Pas yang cuba membuat perubahan dalam Pas agar Pas menjadi sebuah parti sekular sama seperti dua rakan mereka PKR dan DAP.
Perpecahan dan percangahan pendapat kian ketara apabila dua kumpulan yang berada dalam Pas cuba mengusai parti ini dan ini berlaku di Selangor apabila Hassan Ali telah memecat dua Exco Pas yang condong kepada Anwar Ibrahim. Ini tidak pernah berlaku dalam Pas sebelum menyertai Pakatan Rakyat. Pas tidak lagi sama seperti Pas yang pernah memerentah Terengganu sebelum ini. Pas tidak lagi sekuat Pas sebelum Pilihanraya Umum yang lalu dimana pilihan raya Umum yang lalu juga telah membuktikan bahawa Pas adalah parti yang terkecil mendapat sokongan rakyat walaypun Pakatan Rakyat menang besar.
Pas sebenarnya kerugian apabila bergabung dengan PKR kerana yang menjadi bertambah kuat adalah PKR dan juga DAP sedangkan Pas berada di takuk yang lama dan sedikit pun tidak mendapat sebarang keuntungan dari gabungan ini malahan mengundang bahana apabila parti ini kian lemah dimana pangaruh Anwar telah mula menular di dalam Pas.
Setiakawan dalam Pas tidak lagi sesetia dahulu. Pas tidak kental seperti sebelum bergabung dengan Pakatan Rakyat. Kuala Terengganu akan membuktikan akan kelemahan Pas dan pengundi Kuala terengganu akan menghukum Pas dan pasti Kuala Terengganu akan merubah senario politik Pakatan Rakyat yang kini bagaikan retak menunggu belah.
Oleh : Idora Selamat
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment