sumber: pahang daily
Salam untuk semua. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti kini memasuki fasa kedua dengan kedua-dua parti utama telah mengumumkan calon masing-masing. Barisan Nasional (BN) lebih awal menyandarkan harapan kepada Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Manakala Pas baru semalam berani mengumumkan calonnya Mohd Abdul Wahid Endot, ADUN Wakaf Mempelam yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Terengganu dan juga Bendahari Pas Terengganu. Ada sesuatu yang tidak kena pada mata kasar bilamana Mohd Abdul Wahid Endot diletakkan sebagai calon Pas bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini.
Mohd Abdul Wahid Endot adalah ADUN Wakaf Mempelam salah satu DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pemilihan Mohd Abdul Wahid Endot dengan mengenepikan dua nama yang disebut-sebut sebelum ini ADUN Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dilihat dalam konteks Pas ketandusan calon yang berkaliber.
Berkemungkinan besar sekiranya BN tidak mengumum calonnya lebih awal, Datuk Mustafa Ali pasti menjadi pilihan Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang. Kerana pada awalnya adalah difahamkan bahawa Mustafa Ali merupakan calon yang juga turut dipersetujui oleh Muhsyidul AM Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Pak Tam masih ingat lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, bilamana BN meletakan Datuk Arif Shah ADUN Seberang Jaya sebagai calon Parlimen, pembangkang termasuk Pas menuduh bahawa Umno ketandusan calon yang layak untuk berdepan dengan PKR.
Hari ini di Kuala Terengganu, apakah Pas juga sudah terdesak kerana tidak ada calon yang berkaliber dan sanggup untuk berdepan dengan Datuk Wan Farid. Kita sudah boleh mengjangka bahawa Pas telah bersedia dengan ‘jawapan’ yang lebih baik untuk dijelaskan kepada pengundi Kuala Terengganu kenapa mereka terpaksa memilih juga seorang ADUN untuk bertanding di kerusi Parlimen.
Namun, yang jelasnya Pas ketiadaan calon yang mampu standing dengan calon BN dan ada kemungkinan dalam Pas sendiri berlaku ‘pergeseran’ dari segi memilih calon.
Apapun, calon yang ditonjolkan oleh Pas yang sudah lima penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam dianggap ‘calon perjudian’. Ini kerana sekiranya Pas kalah di Kuala Terengganu, dia tetap wakil rakyat.
MUSTIKAINDAH: Mungkin kerana calon PAS yang tersenarai awal dilihat tidak memberi kelebihan kepada Hadi Awang.....(Kepentingan Peribadi...mungkin)
No comments:
Post a Comment