Saturday, January 3, 2009

Babi kini menghantui Pas.

sumber: kpmu.net



Pas dahulu yang pernah mahu menjadi hero kepada orang Islam kini tidak lagi berani kehadapan mempertahankan hak Melayu dan Islam. Pas kini cukup takut dengan isu babi dan juga kandang babi yang satu ketika dahulu mereka sanggup merangkak ke kandang babi untuk mengintai kandang berkenaan bagi dijadikan bahan politik.

Kini Kerana ketakutan berkenaan, Pas menjadi malu untuk menerima memorundum yang mahu dihantar oleh NGO Melayu bagi membantah campur tangan pemimpin tertinggi PAS dan PKR dalam pembiakkan babi. Kini babi pula yang menghantui kepimpinan Melayu Pakatan Rakyat ( Pakatan Haram yang belum lagi tertubuh walaupun mereka memanggil diri mereka sebagai gabungan Pakatan Rakyat).

Hari ini pemimpin Pas yang dipaksa menerima memorundum berkenaan hanya berjanji untuk meneliti memorundum berkenaan. Apakah mereka tidak pernah meneliti isu ini ketika mereka membantah dan mengambil babi sebagai isu politik mereka dahulu ketika menentang kerajaan BN mebiak ladang ternakan babi dahulu. Apakah dahulu mereka hanya memprotes membabi buta dan tidak pernah meneliti isu babi ini kerana hari ini mereka baru mahu menelitinya.

Seharusnya mereka lebih arif dengan memorundum berkenaan kerana mereka telah melalui zaman mebantah pertenakan babi ini. Mereka sepatutnya lebih arif dengan hasrat NGO Melayu yang membawa isu babi ini. Apakah Pas mahu mengahalakan apa yang pernah mereka haramkan dahulu atau Pas kini tunduk kepada parti DAP yang menentang perjuangan yang berlandaskan Islam dengan secara terang-terangan.Petikan dari Utusan


Pas dibidas kerana tolak Pewaris

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat ‘pilih bulu’ dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

”Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.”Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.”Kami terlebih dahulu telah menghantar notis mengenai penyerahan memorandum tersebut dua hari sebelumnya,” ujarnya.

Oleh : Azahari Hassan

No comments: