Oleh: Pemikir
Penduduk-penduduk di Perak, Kedah, Pulau Pinang sudah mula melahirkan perasaan bosan dan tidak senang dengan kerajaan yang diperintah oleh DAP dan gabungan PKR, PAS dan DAP.
Mereka merasakan bahawa semenjak mereka memerintah, pembangunan serta perubahan masih belum dikecapi. Kemudahan asas tidak mencukupi termasuk air, elektrik, jalan raya, balai raya, jambatan-jambatan dan sekolah-sekolah serta jalan-jalan kampung tidak ditarkan.
Pengangguran semakin bertambah bilangannya. Sikap pemimpin-pemimpin pembangkang bergaduh sesama sendiri sehingga menakutkan.
Pemerhati politik berpendapat bahawa sekiranya pembangkang terus menyepi dan tidak ambil peduli tentang rintihan rakyat, maka prospek pembangkang untuk memerintah akan menjadi gelap. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah banyak memberi pembangunan keseluruh Malaysia dan program ini terbantut dengan kegiatan negatif pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab.
Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang telah memetingkan diri mereka sendiri yang bukan kepentingan rakyat.
Sunday, January 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pemimpin Parti Pembangkang selalu merampas kuasa antara satu sama lain. Jadi, rakyat kurang yakin terhadap mereka.
Post a Comment