OLEH: PEMIKIR
SEBAB PAS TIDAK HARUS DISOKONG:
Dalam suasana begini, carilah panduan agar tidak terpilih barang tiruan. Dari ribuan sebab ini boleh menjadi panduan dan petunjuk mencari kebenaran. Gunalah hati dan akal agar anda tidak menyesal. Jangan jadi orang yang bebal, tidak tahu membezakan antara perahu dengan kapal. Alasan-alasannya adalah seperti berikut:
1) Tiada Pemimpin Yang Berwibawa
PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangunkan negeri Terengganu.
Ingatlah, ALLAH menyuruh kamu menyerah amanah kepada ahlinya supaya apabila ia menjalankan hukum dapat berlaku adil (Maksud: Surah An-Nisa’, ayat 58)
2) Pemerintah Yang Gagal
Ternyata dalam tempoh pemerintahan PAS di Terengganu, dari tahun 1999 hingga 2004 gagal membawa kebaikan untuk rakyat.
Setiap insan tidak di sengat 2 kali dalam lubang yang satu. (Maksud Al-Hadis)
3) Sembunyi Kebenaran
PAS telah banyak membuat apa yang dilarangnya dahulu.
Ingatlah, terdapat banyak ayat dalam Al-Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran.( Lihat Surah Al-Baqarah, ayat 42-109) .
4) Bertukar Peranan
Bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan.
Ingatlah, Allah s.w.t menyeru kearah kesejahteraan ummah (maksud Al-Quran, Surah Yunus ayat 25)
5) Pemimpin Tamak Haloba
Pemimpin PAS lebih tamak haloba mengumpul harta benda semasa memerintah Kelantan dan Terengganu.
Ingatlah, mereka yang menghimpun emas dan perak kemudian tidak berbelanja kepada jalan Allah, beritahu mereka kegembiraan mereka itu akan berkesudahan dengan neraka (Maksud Al-Quran, Surah Al-Taubah, ayat 34)
6) Ulamak Mula Disisih
PAS mula menolak kepimpinan ulamak dan umarak dari Haji Hadi kepada Musthafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Nasaruddin dan Harun Taib, Timbalan Presiden
Ingatlah, orang yang paling takutkan Allah dari hambanya adalah ulamak dan umarak yang bertaqwa dan beriman. (Maksud Al-Quran, Surah Al- Fathir, ayat 48).
7) Bersekongkol Dengan Musuh Melayu Yang Menentang Islam
PAS lebih suka kepada DAP yang merupakan musuh Melayu, dahulu, kini dan selama-lamanya.
Ingatlah, Allah tidak suka pengkhianat/ pembohong /pendusta. Lihat kandungan Al-Quran, Surah An-Nisa’, ayat 107)
8)Mengaku Dirinya Pilihan Allah
Mengakui bahawa PAS adalah parti Allah. Perlu disokong dan mengundi PAS akan mendapat pahala.
Ingatlah, celakalah orang menulis sesuatu dengan tangannya kemudian ini adalah dari sisi Allah. (Maksud Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 79)
9) Cakap Bohong
Tiada pemerintahan, hanya omong kosong.
Ingatlah Allah menempelak mereka yang bercakap tetapi tidak melakukan sesuatu. Mereka akan mendapat dosa yang besar dari Allah (Maksud Al-Quran, Surah Al-Saf, Ayat 2 dan 3)
10) Menjatuhkan Kemuliaan Islam
Malapetaka Islam kerana menggunakan Islam untuk mempertahankan parti mereka.
Tiada pemerintahan, hanya omong kosong.
Ingatlah Allah menempelak mereka yang bercakap tetapi tidak melakukan sesuatu. Mereka akan mendapat dosa yang besar dari Allah (Maksud Al-Quran, Surah Al-Saf, Ayat 2 dan 3)
10) Menjatuhkan Kemuliaan Islam
Malapetaka Islam kerana menggunakan Islam untuk mempertahankan parti mereka.
Ingatlah Islam agama yang paling tinggi, tidak ada yang paling tinggi dan lebih mulia darinya (Maksud Al-Hadis)
11) Bukan Nasab Perjuangan
Tiada seorang pun keturunan pejuang kemerdekaan dalam pimpinan PAS samada di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Ingatlah sejarah pelantikan para rasul adalah dari nasab keturunan mereka yang tinggi kedudukan dan berjasa kepada umat dan negara.
12) Bukan Pakar (Ahli)
Kepimpinan PAS bukan terdiri dari ahli politik dan pentadbiran. Mereka terdiri dari golongan ilmuan agama semata-mata.
Ingatlah, apabila diserah sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya. (Maksud Al-Hadis)
13) Mengembang Perseteruan
Suka kepada huru-hara dan permusuhan. Ucapan-ucapan yang dibuat kalangan pimpinan mereka penuh dengan ungkitan, kritikan, tuduhan, memfitnah, menanamkan semangat membenci dan bermusuh dikalangan orang Melayu
Ingatlah, Allah melarang seseorang dari melakukan kerosakan dimuka bumi ini selepas ianya baik. (Maksud Al-Quran, Surah Al-A’raaf, ayat 58)
14) Pimpinan Pas Tiada Kemampuan
Tidak mampu melaksanakan hukum Allah (undang-undang Islam)
Ingatlah, Allah tidak memberat seseorang melainkan sekadar kuasanya. (Maksud Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 286)
15) Kenapa pas tidak bantu orang untuk berbuat baik?
Semua yang hendak dibuat sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Ingatlah, tolong-menolong, bantu-membantu untuk kebaikan dan taqwa. Jangan sesekali tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kemungkaran dan permusuhan. (Maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 2)
16) Orang Lain Semuanya Tidak Baik
Menafikan kebiakan sesama manusia adalah satu kemungkaran.
Ingatlah, jangan engkau menghina sesuatu kaum,boleh jadi kaum itu lebih baik dari kaum kamu. (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 11)
17) Terus Berpegang Petua Sesat
Tidak islah/membaik pulih masyarakat dengan fatwa, tafsir yang sesat.
Ingatlah, orang-orang yang menyembunyikan kebenaran dari Allah, mereka akan dilaknat melainkan mereka bertaubat dan mengislahkan dirinya ke jalan yang benar. (Maksud Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 160)
18) Suka Mencerca Orang Lain.
Sepanjang masa mencari salah orang lain untuk dikeji, dihina dan dicerca.
Ingatlah, Allah menegah kita dari mencari kesalahan orang lain dengan sangkaan yang buruk, caci mencaci, maki hamun dan pelbagai lagi istilah yang digunakan oleh mereka dahulu, kini dan selama-lamanya (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12)
19) Pimpinan Pas Sangat Berdendam
Profesional yang menyertai PAS adalah mereka yang bermasalah dengan kerajaan dan pemimpin (masalah peribadi)
Ingatlah, Allah menyuruh kita memohon berlindung dari hasad dengki. (Maksud Al-Quran)
20) Tak Kenang Budi
Kelantan negeri termundur jikalau kerajaan BN pusat tidak membantu. Setitik air pun tidak akan diperolehi.
Ingatlah, Allah mengajar kita membalas kebaikan orang dengan kebaikan juga. Senyum dibalas dengan senyum.(Maksud Hadis dan Al-Quran Surah Ar-Rahman, ayat 60)
21) Haram.......tapi makan, riba.....tetapi ambil
Semua pemimpin PAS ambil gaji dan pencen dari wang kerajaan yang dikatakan haram. Anak-anak mereka mengambil PTPTN yang dikatan riba.
Maksud Al-Hadis
22) Benci.....tetapi suka.
Semua pemimpin PAS suka anak lulus peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, STU, tetapi masuk universiti sedangkan dasar pelajaran sekarang ditentang habis-habisan.
Ingatlah, mereka bercakap dengan mulut mereka sendiri tetapi tidak sama dengan apa yang ada di dalam hati. Golongan ini disifatkan sebagai munafik (Maksud Al-Quran, Surah Al-Imran, ayat 167)
23) Menafikan Kebaikan Orang Lain
Barisan Nasional banyak menabur jasa kepada rakyat disemua peringkat tanpa mengira status politik, PAS hanya melaungkan AllahuAkbar di jalan-jalan raya, balai raya.
Ingatlah, Allah menyuruh kita berbuat baik kerana ia suka kepada kebaikan (Maksud Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 195)
24) Tidak pernah bersyukur
Bukankah wujudnya PAS kerana dasar yang dibuat oleh kerajaan.PAS boleh bergerak dan bertanding dalam pilihanraya kerana dasar demokrasi yang diguna pakai oleh kerajaan.
Ingatlah, sesiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia dan tidak mensyukuri nikmat Allh, akan dilaknat oleh Allah. (Maksud Al-Hadis)
25) Benih Tak Baik (Baka Jahat)
Tindakan PAS tidak islamik kerana lahirnya PAS dahulu tidak Islamik. UMNO/BN lahir kerana perpaduan 1946, PAS lahir kerana perpecahan 1951.
Ingatlah, Allah suka kepada mereka yang suka berjuang ke jalan Allah.(Maksud Al-Quran)
SIAPA BENAR? SIAPA BATIL?
ANDA TELAH DIBEKALKAN AKAL DAN HATI, MATA DAN TELINGA. MAKA GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DEMI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
1 comment:
SAYA MENYOKONG PENUH BUTIRAN YANG PEMIKIR KEMUKAKAN.
PAS LEBIH MUDAH UNTUK MENGUBAH PENDIRIAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA DAN BUKANNYA UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA SEPERTI YANG MEREKA DAKWA.
SAYA MERUPAKAN BEKAS AHLI PAS YANG KELUAR PARTI KERANA TIDAK YAKIN DENGAN PENDIRIAN TEGAS PERJUANGAN PAS DALAM MEMBELA AGAMA DAN BANGSA.
SAYA YAKIN DAN PERCAYA, KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA.
"BARANG BARU" MEMANG RAMAI PEMINAT TAPI "BARANG LAMA" WALAUPUN LAMA TAPI LEBIH BERKUALITI DAN TERBUKTI KEKUATANNYA.
Post a Comment