Monday, January 5, 2009

Jambatan PAS dan DAP perlu dibom

sumber: suarasukj.blogspot


Pas keliru - Antara Islam atau KuasaPRU-12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang, tak kira sama ada penganalisis politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Kini kecelaruan telah mula wujud difikiran rakyat terutamanya kepada mereka-mereka yang telah mengundi PAS dan DAP semasa PRU yang lepas.

Kehadiran PAS dalam menceriakan gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan atau jamabatan ini dibina sehingga menyebabkan PAS kini hilang kuku dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi MALAYSIA ini.

Bukankah taat kepada Raja atau Sultan merupakan ajaran ISLAM. Disebaliknya Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran Islam. Mungkin Karpal Singh telah dapat membaca pemikiran pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka sebenarnya hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbanding Agama Islam. Akhirnya kini PAS telah menjadi budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.Takutkah PAS

kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat? Di empat negeri lain, PAS boleh diibaratkan seperti seorang Buruh Kasar yang menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP.

Manakala PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.Selagi PAS masih dibuai mimpi indah memerintah Perak, Kedah dan Kelantan, maka selagi itulah DAP akan meneruskan agenda politiknya untuk mengikis dan menghilangkanhak Melayu dengan menjadikan PAS sebagai Kuda Tunggangannya.

Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS pada waktu ini. Sebenarnya mereka hanya mahukan kerusi. Kesimpulannya makin bertambah kerusi PAS, maka makin bertambahlah 'hak milik' kekal tanah-tanah untuk kaum bukan Melayu. Kini tugas Sukj dan rakan-rakan ialah untuk 'meletupkan' jambatan PAS&DAP supaya PAS dan DAP tidak dapat berhubung lagi antara satu sama lain.

No comments: