Monday, January 5, 2009

Pakatan Rakyat Perak Tutup Sekolah Tadika

sumber: anginperubahan.blogspot


Esok, 5 Januari 2008, sejumlah 11,000 orang murid tadika KEMAS di Perak tidak dapat meneruskan pengajian bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertindak menutup 700 kelas tadika KEMAS. Setelah memberi kelulusan geran tanah kampung baru di Perak, kali ini kerajaan negeri Perak bertindak menutup pula sekolah tadika. Apakah kerajaan PAS, DAP dan PKR di Perak mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu dulu?

Mengapa anak-anak kecil berusia 5 dan 6 tahun menjadi mangsa Pakatan Rakyat? Anak orang PAS dan PKR pun diterima masuk ke KEMAS, tiada siapa yang dinafikan untuk mendapat hak pendidikan. PAS pun ada sekolah tadikanya sendiri yang dikenali sebagai PASTI. Biarpun sudah memerintah Kelantan selama 18 tahun, tetapi sistem sekolah PASTI tidak pun diperkemaskan dan diperluaskan bilangannya. Setelah perintah Kedah dan Perak pun, tidak banyak wang kerajaan Pakatan Rakyat dihabiskan untuk sistem pendidikan.

Oleh itu, ramai keluarga masih memilih untuk masuk ke tadika KEMAS. Malah ramai lagi anak-anak orang PAS di Kelantan turut memasuki tadika KEMAS. Tanpa mengira apa warna politik keluarganya, anak-anak kecil diberikan hak untuk masuk tadika KEMAS. Namun, tindakan terbaru kerajaan negeri Perak menutup tadika KEMAS adalah sesuatu tindakan yang amat tidak wajar. Sila buka kembali kunci tadika demi pendidikan anak-anak kecil, mereka belum faham pun erti politik. Jangan jadikan mereka mangsa kebencian Pakatan Rakyat pada Barisan Nasional.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments: