Monday, January 5, 2009

FAKTA SEBENAR

gambar yang telah dijaja oleh pembangkang dan dijadikan bahan uentuk berkempen. Kononnya Wan Farid bersama seorang GRO sedang berkaraoke.
Gambar sebenar......aktiviti karaoke bersama keluarga






oleh: pemuda malaysia

Gambar yang menunjukkan calon BN, Datuk Wan Farid suka bersosial dengan berkaraoke adalah satu agenda keji pihak-pihak tertentu yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Saya nak bertanya pada Haji Hadi, salah ke berkaraoke? Apa Haji Hadi tak pernah menyanyi?
Ucapan Haji Hadi ketika mengumumkan nama calon pada 1 Januari 2009 yang menyatakan bahawa PAS tidak akan menyerang peribadi calon hanya menjerat leher sendiri. Ini kerana semasa Haji Hadi berucap, beliau telah menyerang peribadi Senator Datuk Wan Farid dengan mengatakan bahawa calon PAS yang dikemukakan ini tidak bersosial, dan berkaraoke seperti calon BN.

Jelas disini, Haji Hadi merujuk kepada gambar Datuk Wan Farid yang sedang menyanyi dan saya percaya gambar itu tidak dipaparkan dengan penuh.

Saya akan paparkan gambar penuh Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang menyanyi bersama ahli keluarga. Saya yakin pembaca akan percaya bahawa gambar yang palsu hanyalah perbuatan keji dan hina Pakatan Rakyat.

Apa yang saya akan paparkan adalah gambar sahih Datuk Wan Farid mengadakan aktiviti karaoke bersama keluarga.

Dari Kiri :Wan Amir Faizi Bin Wan Nor Azman, Wan Jihana Amirah Binti Wan Nor Azman
Belakang :Wan Nor Azman Bin Wan SallehFuzianna Binti IbrahimWan Hisham Bin Wan SallehMohd Nasihuddin Abdullah

No comments: