sumber: chillriver
Hendaklah kita sedar sepenuhnya pada masa ini kita sangat merasa selesa. Duduk dibawah pemerintahaan UMNO/BN, negara kita yang dihuni oleh berbagai-bagai kaum duduk dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa gangguan seperti mana yang berlaku di Palestine, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Bosnia Herzegovina ( satu ketika ), Somalia, Kenya, Nigeria, Colombia dan banyak negara lagi.
Kepada setengah warga, mereka tidak sedar bahawa keharmonian yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak datang menggolek dan tanpa usaha kepimpinan pihak pemerintah.Anda semua boleh:-Mengamalkan agama dengan kebebasan yang mutlak,Boleh berniaga tanpa gangguan,Pendidikkan anda diutamakan sepenuhnya,Pembangunan prasarana dilipatkaligandakan,Kesukanan juga diberikan tumpuan,Kesenian tidak ketinggalan,Ekonomi negara dijaga dengan rapi siang dan malam,Keselamatan anda dan negara anda diperingkat top.
Anda boleh mengkritik sesuka anda tanpa had,Anda bebas berkarya tanpa sekatan,Jika anda golongan minoriti anda tidak diketepikandan dan dan dan.Memang aku gembira menjadi rakyat Malaysia kerana Pemerintahnya adil dan saksama.Komenlah, kritiklah, bantailah dan apapun jua, anda bisa melakukannya. Cuma jangan UMNO/BN dinyahkan, kerana dengan pemerintah itulah, negara kita selesa untuk diduduki sehingga kini.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment