Sunday, January 4, 2009

Politik kan HUDUD ; UMNO bukan 'kafir'.

sumber: mimpi916.blogspot

Cukuplah bercerita pasal nk buat hukum hudud, buat terluka aje.. Dari dulu lagi dengan cerita pasal hudud..

Bermula pada zaman 'kepanasan' isu hudud iaitu zaman 80/90-an.---------------"

Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan.

Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.

Sepatutnya negeri Kelantan Serambi Mekah terlebih dahulu menjalankan Hudud, kerana kita (PAS) dah lama memerintah disini, pendek kata.. kita dah tahu selok belok amalan dan tatacara hidup anak tempatan.

Dah tahu budaya dan non-muslim pun dah macam orang Melayu gaya hidupnya.Kalau Perlis boleh gubal undang-undang memudahkan poligami, kenapa Kelantan tidak boleh gubal undang-undang hudud?

Pernah pada masa dulu saya bekerja di kedai elektrik, ada seseorang perempuan (anak gadis) yang tidak pakai tudung dan melepaskan rambutnya yang keperangan itu mengurai-ngurai di bahu. Bertanyalah saya kepada beliau, "Majlis perbandaran (MPKB-BRI) tak saman ke 'free-hair' ni"?.

Selamba je dia tunjukkan kain tudung di dalam laci seraya berkata, "Kalau diaorang datang, saya sempat lagi pakai".

Dan pada masa kini, kerajaan Kelantan masih lagi gagal untuk membendung gejala pakaian ketat, bertudung tapi 'menonjolkan' apa yang sepatutnya disembunyikan dalam tudung.

Dulu dah kita buat undang-undang akan menyaman mana-mana perempuan yang berpakaian seksi dengan saman sebanyak RM500.00. Cukupkah dengan undang-undang begini?

Jadi, tak perlulah kita menghukum orang lain yang tak mahu menerima cadangan dari kita, cukuplah mengkafirkan mereka yang mana mereka itu adalah saudara kita.Sepatutnya sudah lama kita mendidik, mengajar & mengasuh tentang Hudud ini, sebabnya sudah lama kita memerintah.

Jangan panaskan isu Hudud ini ketika hampir-hampir dengan Pilihanraya. Dulu kita menolak UMNO untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan Melayu dalam Parlimen, tapi kita menolak mentah-mentah..

Kita bagi syarat, UMNO kena tubuhkan kerajaan Islam jika mahu berpakat dengan PAS. Tapi PAS rela pula berpakat dengan PKR (tak apa lagi) dan DAP (ni yang teruk).Dan sekarang ni.. dengan apa yang dah kita lakukan (politikkan Hudud);

SEBENARNYA

1. UMNO bukan kafir (Ada antara kita mengkafirkan mereka kerana kononnya mereka menolak Hudud.

2. Sembelihan mereka boleh dimakan.

3. Imam mereka boleh diikuti (atau mereka boleh menjadi imam sembahyang)

4. Mereka boleh sembahyangkan jenazahDan yang penting, mereka sama dengan kita.. seseorang muslim yang solatnya adalah sama arah kiblatnya.

PS : Siapa berani cakap yang orang PAS akan masuk syurga terlebih dahulu sebelum orang UMNO? ada yang berani?

Mustikaindah: Hukum Hudud PAS kedengaran dahulu ketika Mustika berada di Terengganu sebelum berhijrah ke KL. Ketika PAS memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu selama satu penggal, iaitu 5 tahun...HUDUD dijadikan sebagai plan jangka pendek mereka.... Namun Hudud tidak juga dilaksanakan di negeri itu... Yang pastinya, HUDUD hanya mainan PAS semata-mata... Jika mereka serius mengenai HUDUD, tentunya peluang memerintah di Terengganu dahulu tidak disia-siakan begitu sahaja....

No comments: