Sunday, January 4, 2009

Mana Kerajaan Baru?

sumber: mimpi916.blogspot

Mana kerajaan baru?
Berbasen air liur dengan mengapu,
Berapi ceramah mendamba pilu,
Tak malu ke menipu!!?
Dalam ceramah,
bukan main hebat,
Ada AP,
yang akan melompat,
Deretan rakyat melompat lompat,
Harapkan Si Nuar,
jadi Yang Berhormat.
Berkuyun kayan rakyat mengharap,
Harapkan pertiwi beralih cepat,
Undi diberi penuh syahwat,
Tetapi kurap yang dapat.
Akhirnya Permatang Pauh,
Nuar dah dapat,
Kerana undi, rakyat mengharap,
16 September rakyat mengcongak.
Mana kerajaan baru?
Berubah tarikh rakyat ditipu,
Dari satu ke satu,
Janji penipu diharap dituju.
Berdetik tarikh ke tahun baru,
Masa nan emas terus berlalu,
Janji penipu dah tidak laku,
Akhirnya PAS yang dapat malu,
Kerana melobi tak tentu kalu.
916 tarikh keramat,
Kan terus di puja segelintir peminat,
Mengharapkan hikmah turun cepat,
Rupanya mimpi di alam gelap.
Rupanya rakyat telah ditipu,
Mana kerajaan baru?
_____________________________________
mustika: Boleh buat lagu ni.....Mesti meletup lepas ni

No comments: