oleh: Mustikaindah
Mungkin ramai yang mengenali Dato' Wan Ahmad Farid, calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dan masih ramai yang belum mengenali sepenuhnya calon PAS yang diumumkan semalam.
Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut sudah dikenali di DUN Wakaf Mempelam sebagai seorang pemimpin yang sukar ditemui dan tidak mesra rakyat. Sukar dicari ketika rakyat dalam kesusahan.... Namun apa yang peliknya, kenapa sampai sekarang (memegang kerusi di DUN Wakaf Mempelam sejak 1990), beliau masih lagi dipilih? Yang pastinya, Wakaf Mempelam mempunyai ramai pengikut setia PAS dan tidak hairanlah beliau masih boleh bertahan selama ini.
Cuma apabila berlakunya kesusahan, pembangunan yang diabaikan dan kedaifan yang tidak dimabil peduli, kerajaan BN juga yang dipersalahkan. Mengapa begitu? Kenapa rakyat di Wakaf Mempelam masih mahu hidup diselebungi dengan segala macam permasalahan begitu dan menuding jari kepada BN? Seharusnya rakyat sedar..... yang hanya mampu membantu mereka hanya UMNO dan BN bukannya PAS yang hanya mampu membazirkan air liur berjanji itu dan ini kepada rakyat.... tapi habuk pun takdak...
Kata Abdul Wahid, prinsip beliau dalam politik tidak akan mencari musuh namun apabila bertemu dengan musuh, beliau tidak akan lari. benarkah begitu? Takut nanti tak sampai lagi musuhnya batang hidung pun tak nampak.
Abdul Wahid menjadi Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2003. Abdul Wahid juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu yang memiliki Ijazah Sains Marin dan Perikanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM – dulu Universiti Pertanian ).
Dalam sidang media semalam, Abdul Wahid berkata beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen dalam pilihan raya kecil itu nanti. Jadinya kita tunggulah apa pula fakta yang akan diputar belitkan oleh calon PAS ini.... Nasihat Mustika, kalau belum ada isu, baik cari cepat dan korek apa yang patut kerana nanti jangan pula perkara yang betul di jadikan bahan untuk diputar belitkan. tak ada isu namanya tu...
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan pemimpin peringkat nasional, bolehkah Abdul Wahid mengatasinya?
No comments:
Post a Comment