Dipetik dari beritaharian online
Abdul Wahid rancang guna jentera pilihan raya DUN
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut yang dipilih sebagai calon Pas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, mengaku masih terkejut dan belum membuat persediaan termasuk melantik jentera pilihan raya di setiap Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun, Adun sejak lima penggal itu berkata, langkah pertama yang dilakukan selepas lebih 12 jam diumumkan ialah menyertai beberapa program termasuk mengancau bubur asyura dianjurkan penduduk dan mengadakan ramah mesra dengan pengundi.
"Kita sebenarnya tidak menyangka dipilih sebagai calon dan tiada persiapan rapi dilakukan termasuk melantik jentera pilihan raya untuk Parlimen Kuala Terengganu. "Walaupun jawatankuasa jentera pilihan raya Pas sudah dilantik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi kita belum berkesempatan bertemu mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi terutama di DUN Batu Burok, Ladang dan Bandar," katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi, semalam. Katanya, dia mungkin mengekalkan jentera pilihan raya yang dilantik di peringkat DUN dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kerjasama mereka.
Ditanya siapa sebenarnya calon pilihan awal Pas, Abdul Wahid enggan mengulas lanjut, tetapi berkata, dia masih terkejut dan tidak menyangka namanya diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sebelum ini, calon Pas yang disebut-sebut untuk bertanding bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali. Ditanya sokongan daripada Syed Azman dan Mustafa, Abdul Wahid yang juga Ketua Pas bahagian Kuala Terengganu berkata, semua pemimpin Pas termasuk di peringkat pusat dan negeri akan memberi kerjasama bagi memastikan kemenangan. "Itulah kelebihan Pas, kehendak dan perjuangan parti lebih diutamakan jika dibandingkan dengan kepentingan peribadi...prinsip yang menjadi tunjang dan kekuatan Pas sejak lama dulu masih diamalkan bukan saja oleh pemimpin, malah penyokong," katanya.
*************************************************************************************************************

PutriMalaysia.
Calon sendiri terkejut dengan penamaanya sebagai calon.Pelik ....pelik...PAS nak buat surprise la kot.hehehehehh..
No comments:
Post a Comment