Monday, November 3, 2008

Najib menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO

sumber: beritamalaysiakini

http://www.utusan.com.my/


http://www.sawf.org/newsphotos/2/Najib_Razak_200704031917169060_afp.jpg

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini.

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. - Utusan

5 comments:

vicky said...

Tahniah, Datuk Seri.

Ninja Turtle said...

Kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kredibiliti beliau yang dipercayai oleh ahli-ahli UMNO sendiri dalam melihat UMNO maju dalam memperjuangkan martabat kaum bumiputera. Semoga UMNO maju.

babybee said...

Disini saya nak mengucapkan taniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding dalam jawatan Presiden UMNO. Saya berharap beliau dapat menunaikan janji beliau apabila beliau sudah membuat janji dengan rakyat. selain itu, berharap beliau berusah memulihkan ekonomi malaysia dan mengurangkan kes rasuah.

rayliew said...

Tahniah Datuk Seri. Memang telah awal saya ramalkan Datuk Seri akan menang tanpa bertanding, kerana Datuk Seri adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman serta memiliki ideologi dan fahaman mengurus negara yang ditinggalkan oleh arwah ayahanda Datuk Seri...

LIMAUDONG said...

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak

Teruskanlah pejuang mu.