Thursday, October 30, 2008

KEMENTERIAN PELAJARAN AKAN BUKA 704 KELAS PRASEKOLAH DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN 2009

oleh: mustikacitra-indah

Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka sebanyak 704 kelas prasekolah di seluruh negara pada tahun 2009. Buat masa ini, kementerian hanya mampu menyediakan 6641 kelas prasekolah dengan enrolmen seramai 148656 di seluruh negara berikutan kekangan yang berlaku dan dihadapi oleh pihak kementerian termasuk dari segi kewangan. Kemasukan kanak-kanak ke prasekolah KPM terbuka kepada semua kanak-kanak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan disebarkan melalui iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada bulan Jun dan Ogos setiap tahun.

Pihak sekolah yang melaksanakan kelas prasekolah di sekolah berkenaan akan menyebarluaskam makluman tersebut. Namun terdapat ibu bapa yang tidak prihatin dengan iklan tersebut selalunya akan terlewat untuk memohon sehingga iklan kemasukan tersebut telah ditutup. Manakala jumlah murid di setiap prasekolah tidak boleh melebihi 25 orang dalam setiap kelas. Borang permohonan akan ditapis berdasarkan merit pendapatan serta tanggungan ibu bapa atau penjaga. Proses pemilihan tersebut dilaksanakan oleh Jawatankuasa Prasekolah yang dianggotai oleh pihak pengurusan sekolah dan wakil PIBG.

2 comments:

Anonymous said...

buatlah apa yang terbaik untuk rakyat...sekurang2nya kerajaan telah mengambil langkah yang terbaik untuk masa depan..TAHNIAH....hidup MAlAYSIA

rayliew said...

Teruskanlah usaha kita untuk membantu rakyat terutamanya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu masa kini.