Thursday, October 30, 2008

KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM DI NEGERI DIPERINTAH PEMBANGKANG TIDAK DIABAIKAN

oleh: mustikacitra-indah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Khairy Jamaludin (Rembau) mengenai sejauh manakerja-kerja menaiktaraf surau dan masjid yang daif dan kurang kemudahan asas yang sempurna, menjelaskan kepada Dewan bahawa dalam usaha memulia dan mendaulatkan Islam, kerajaan tidak melaksanakan pengasingan terhadap lima negeri yang diperintah pembangkang.

Malah sebanyak RM29.2 juta daripada RM65.1 juta diperuntukkan kepada Imam-imam masjid dan surau bagi negeri-negeri yang dikuasai pembangkang

Kerajaan Pusat juga tidak bertanggungjawab merobohkan masjid atau surau di negeri-negeri kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Majlis Agama Islam negeri yang berkenaan.

Jadi jika ada dakwaan bahawa Kerajaan Pusat telah merobohkan surau dan masjid di negeri-negeri pembangkang, sememangnya fitnah sama sekali. Tindakan pemimpin pembangkang ini boleh diibaratkan sebagai "baling batu sembunyi tangan".

1 comment:

rayliew said...

Kerajaan bertindak adil kepada semua termasuk negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.. Tanggungjawab merobohkan tempat beribadat adalah tanggungjawab kerajaa negeri dan Majlis Agama Islam negeri....Rakyat perlu jelas dengan ketetapan ini...janganlah dipengaruhi oleh kenyatan palsu yang diwar-warkan oleh PAKATAN RAKYAT....