Wednesday, October 22, 2008

Dewan kecoh isu 'buntut'

Dewan Rakyat kecoh pagi semalam apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin menyebut perkataan 'buntut' ketika bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (PKR). Ia menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang serta kerajaan bertikam lidah dan menimbulkan kekecohan lebih 10 minit. Perkataan itu dituturkan Lajim apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba mencelah serta menuduh kementeriannya mengamalkan rasuah dalam pembinaan beberapa lapangan terbang di Sabah ketika beliau menjawab soalan.

Lajim yang sedang menjawab soalan tambahan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) mengenai penambahan landasan di Lapangan Terbang Batu Berendam, berang apabila Gobalakrishnan tiba-tiba menyampuk dan menuduh kementeriannya mengamalkan rasuah. "You jangan cakap banyak... you pun hanya ikut 'buntut' saja... you baru lagi," kata Lajim. Gobalakrishnan yang marah dengan penggunaan perkataan itu terus menimbulkan kekecohan sambil meminta Lajim memohon maaf dan menarik balik perkataan itu.

Keadaan kecoh berterusan walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar beberapa kali meminta Ahli Parlimen bertenang. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (PKR) juga bangun dan bertanya kepada Wan Junaidi sama ada perkataan 'buntut' boleh digunakan dalam dewan. Pertikaman lidah yang tidak terkawal menyebabkan Wan Junaidi mengarahkan Lajim menarik balik perkataan yang digunakan itu. Beliau turut memberi kata dua kepada semua Ahli Parlimen supaya tidak memberi arahan kepadanya mengenai apa yang perlu dilakukan untuk mengawal dewan.
*******************************************************************************************
Macam-macam la MP kita ni.'buntut' pun boleh jadi isu......heheheheh
-putrimalaysia-

2 comments:

babybee said...

Isu "buntut" adalah salah satu isu lucu apabila diketahui oleh kalangan rakyat kerana bagi pengetahuan umum, apabila seseorang tidak suka orang tersebut, apa yang dikatakan oleh orang tersebut adalah sukar diterimanya dan kadang -kala akan mengeluarkan perkataan "BUNTUT" ini adalah jadi satu tabiat manusia. Manusia bukan orang sempurna maka apabila dia tidak sengajar keluar perkataan " BUNTUT" kita patut maafkan dia.

rayliew said...

Kelakuan semulajadi manusia termasuk BUNTUT tidak dapat dikawal, apatah lagi dalam keadaan yang marah.. Melainkan beliau adalah MANUSIA ELEKTRONIK/ROBOT.