Thursday, October 23, 2008

AMALAN NEPOTISME LIM KIT SIANG

oleh: Mustikacitra-indah

Sama ada kita sedar atau tidak, selepas 8 Mac 2008, MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang sudah hampir jarang menyebut perkataan NEPOTISME. Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa maksud perkatan ini. NEPOTISME beerti lebih memilih saudara atau teman akrab berdasarkan hubungannya bukan berdasarkan kemampuannya. Kata ini biasanya digunakan dalam konteks derogatori.

Sebagai contoh, kalau seorang ketua mengangkat atau menaikan jabatan seorang saudara, bukannya seseorang yang lebih berkualifikasi namun bukan saudara, ketua tersebut akan bersalah karena nepotisme. Pakar-pakar biologi telah mengisyaratkan bahwa tendensi terhadap nepotisme adalah berdasarkan naluri, sebagai salah satu bentuk dari pemilihan saudara.

Di Indonesia, tuduhan adanya nepotisme bersama dengan korupsi dan kolusi (ketiganya disingkat menjadi KKN) dalam pemerintahan Orde Baru, dijadikan sebagai salah satu pemicu gerakan reformasi yang mengakhiri kekuasaan presiden Soeharto di tahun 1998. (wikipedia)

Jelas sekarang, Lim Kit Siang sudah tidak berani lagi menggunakan perkataan sebegitu kerana ada ketikanya beliau mungkin tersedar dari mimpi indah bahawa beliau sendiri sebenarnya yang telah mengamalkan NEPOTISME di dalam kekuasaannya. Buktinya, anak sendiri sudah berada di tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Jika kekuatan dan kekuasaan Soeharto diakhiri kerana mengamalkan NEPOTISME, tidak mustahil juga kuasa dan kekuatan Lim Kit Siang akan berakhir kerana amalan tersebut. Kita tunggu dan lihat sahaja.

2 comments:

rayliew said...

SEBAB UTAMA adalah beliau sekeluarga dan pemimpin DAP dulu, kini dan selamanya telah mengamalkan NEPOTISME dalam parti DAP. Jawatan-jawatan utama dikuasai oleh ahli keluarga, saudara dan kawan karib sahaja, begitulah yang berlaku di SARAWAK yang dikuasai oleh keluarga CHONG SIEW KONG bapa kepada MP Bandar Kuching...banyak lagi...

vicky said...

DAP is practising Nepotisme in party...family party...next kin..??