Monday, July 7, 2008

SIBER KAFE PERLU IKUT PERATURAN

Oleh Perry

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan akan memperkenalkan satu peraturan baru yang menetapkan internet dan siber kafe merekodkan kedatangan pelanggan mereka setiap hari.

Ini bertujuan untuk memastikan internet dan siber kafe mengikuti segala peraturan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, kerajaan memastikan pekerja asing tidak dibenarkan berkerja di internet dan siber kafe dan mengawal kegiatan yang tidak bertangggungjawab seperti perjudian serta melayari laman web lucah.

Siber kafe juga perlu tutup pada jam 12 malam.

Saya berpendapat internet dan siber kafe ini perlu dipantau sepanjang masa kerana ia memberi kesan yang buruk n kepada golongan remaja.

Ada antara mereka yang menghabiskan masa di siber kafe dengan bermain segala jenis permainan yang ditawarkan. Mereka juga menghabiskan wang belanja yang diberikan oleh ibu bapa kerana terlampau minat dalam permainan video ini.

Ada juga pelajar yang melayari laman web lucah di mana mendorong mereka menjadi seorang yang ketagih dengan gambar-gambar lucah ini. Mereka juga akan cenderung untuk melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti merogol atau mencabul.

Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mengawasi anak-anak mereka agar perkara yang tidak diingini berlaku tanpa kawalan. Adalah lebih baik mencegah daripada mengubatinya. Ini kerana ketagihan amat sukar untuk diubati.

Saya juga mengucapkan syabas kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Buktikan siber kafe memberi kesan buruk??
Dari biar budak duk merempit, main judi, pasti merokok juga jadi kebiasaan.

Cuba buka minda saudara dan buat kajian, apa yg remaja2 buat dalam hidup mereka sehari2. Berapa ramai yg berkurung dalam rumah??