OLEH : PEMIKIR NEGARA
MP Kuala Pilah , Timbalan Menteri JPM dalam menjawab soalan berkaitan dengan APMM menyatakan bahawa Maritim Malaysia sentiasa menjalankan tugas –tugas nereka di perairan Malaysia.
Mereka mengadakan rondaan di zon maritim , memantau tiap vessel melalui radar , mengujudkan rangkaian perisikan dan menjalankan `air surveillance`. Keseluruhannya , APMM menjalankan tugas-tugas kawalan , pencegahan dan melindungi kepentingan Malaysia.
Tugasnya sangat luas sehingga meliputi EEZ dan `continental shelf`.
Menjawab soalan MP Ipoh Barat (DAP) , Timbalan Menteri JPM menerima baik pandangan Ipoh Barat yang mempunyai pandangan luas.
Timbalan Menteri selanjutnya mengatakan bahawa APMM mempunyai kerjasama yang cukup baik dengan negara-negara jiran ASEAN.
Malaysia telah menjalankan `joint –exercise` dengan Indonesia seperti OP
Samudera Gagah` disebelah Malaysia dan OP P-Optima di sebelah Indonesia.
Wira dapati bahawa ahli dewan berpuashati dengan penjelasan MP Kuala Pilah. Rakyat Malaysia perlu menghargai sumbangan proaktif APMM dalam menjaga jajahan dan kedaulatan Malaysia terutamanya di perairannya yang bersempadan dengan 7 negara termasuklah , Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei , Kemboja , Vietnam serta Filipina. Ini bukanlah satu tugas kecil , tetapi sungguh besar yang memerlukan aset-aset , kakitangan dan perancangan mencukupi untuk mempastikan sumber –sumber marin , minyak , pasir tidak jatuh kepada pihak-pihak yang tidak berkepentingan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment