Oleh Pemikir Negara
MP Paya Besar , Yb Dato` Haji Manan dalam temuramahnya di RTM selepas siaran langsung sesi soal jawab di Parlimen hari ini memaklumkan kepada peminat setia RTM tentang keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di dalam kawasan –kawasan parlimen sejak pelancaran RMK 1 hingga RMK 9. Dalam hubungan ini beliau telah menimbulkan keperluan kawasan Parlimen Paya Besar terutamanya dalam aspek jalan raya dan projek penebatan banjir Sungai Lembing.
Beliau ingin menarik perhatian kerajaan supaya mempercepatkan pembinaan jalan raya di kawasan tersebut supaya memudahkan pergerakan rakyat tempatan disamping membolehkan tanah –tanah terbiar diterokai.
Hanya dengan adanya jalan raya maka pemilik-pemilik tanah akan dapat menepati aspirasi kerajaan untuk melipatgandakan hasil pertanian setempat.
.
Wira berpendapat apa yang di timbulkan di RTM oleh MP Paya Besar perlu diberi perhatian supaya melegakan perasaan penduduk tempatan.
Mungkin perkara ini terlepas pandang tetapi wira percaya bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin dan akan bertindak dengan cara terbaik.
Wednesday, July 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment