Oleh ATH
Syabas Dato’ Ahmad Shabery Cheek! Sebagai Menteri muda yang baru sahaja 4 bulan dilantik oleh kerajaan, saya angkat topi kerana kesanggupan beliau berdebat,lebih-lebih lagi dengan seorang pemimpin politik yang sangat pandai berlakon dan mengubah skrip lakonannya bertujuan mengelirukan orang ramai.
Malam tadi DSAI telah betul-betul 'bertemu buku dengan ruas'. Penonton telah dapat mengetahui siapa Anwar sebenarnya.
Ini bukannya serangan peribadi seperti yang didakwa oleh penyokong DSAI. Dato' Ahmad Shabery tidak bercerita tentang kesukaan DSAI, baju apa dia pakai, minyak rambut apa yang digunakan dan lain-lain lagi.
Kalau itu dibangkitkan barulah dikatakan serangan peribadi. Sebaliknya, Dato' Ahmad Shabery memberitahu khalayak tentang pendirian dan sikap berdolak-dalih DSAI dalam dasar dan idealisma perjuangannya sejak menjadi pemimpin pelajar Islam hingga menganggotai pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Semua penonton terpukau apabila diberitahu, DSAI telah banyak menyusahkan golongan berpendapatan rendah dan miskin semasa krisis kewangan 1987 dahulu apabila menaikkan kadar faedah bank sehingga 15% dan mengurangkan NPL bank daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Kesannya ribuan rakyat Malaysia menjadi bankrap.
Anehnya malam tadi beliau menggunakan, sebagai helah alasan meringankan beban rakyat akibat penstrukturan semula subsidi bahan bakar dengan mengumumkan penurunan harga minyak petrol sebanyak RM 0.50 sen jika PKR menubuhkan kerajaan.
Persoalannya, kenapa semasa krisis kewangan dahulu, DSAI tidak mengambil langkah untuk menurunkan kadar faedah dan menaikkan NPL daripada 6 bulan kepada 9 bulan atau 12 bulan untuk mengurangkan beban rakyat? Jawapannya jelas kerana semasa krisis 1987, DSAI mengikut telunjuk IMF supaya pihak asing dapat menguasai ekonomi Negara dengan menghulurkan pinjaman atas alasan kononnya mahu membantu ekonomi Negara sedangkan syarat-syaratnya sungguh merugikan rakyat dan Negara.
Kita bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Allah S.W.T dengan memberikan ilham kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menolak resepi IMF itu. Kali ini Negara mungkin bankrap dengan cadangan untuk meningkatkan subsidi petrol sedangkan pemberian subsidi di mana-mana Negara pun di dunia ini tidak merupakan langkah yang bijak dalam memelihara ekonomi Negara untuk jangka masa panjang.
Adakah Negara perlu meminjam kepada ‘Along Antarabangsa’ (IMF) untuk membiayai tanggungan subsidi? Dengan cara ini, tidakkah Negara mudah dikuasai oleh kuasa asing? Apakah ini yang kita semua mahu?
Sebagai rakyat, kita mesti menolak pemimpin yang mengutamakan pendekatan yang popular tetapi tidak bertanggungjawab kerana kesannya kepada negara dan rakyat amat parah dan merugikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment