Showing posts with label AHLIPARLIMEN. Show all posts
Showing posts with label AHLIPARLIMEN. Show all posts

Friday, August 29, 2008

MUKHRIZ : "ANWAR IBRAHIM BERKHAYAL"

Oleh Big Dog

YB Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini menjelaskan bahawa beliau amat sangsi ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Anwar Ibrahim akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini. Ini kerana PR masih belum membuktikan bahawa ada cukup MP BN akan melompat keluar dan menyokong parti kerjasama yang amat rapuh itu.

Beliau menjelaskan semasa sidang media mengumumkan pra-pelancaran Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA 2008 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Sungai Besi tengahari tadi.
“Kemenangan Anwar tidak memberi kesan kepada penguasaan dalam Dewan Rakyat. BN tidak kehilangan apa apa kerusi kerana Permatang Pauh memang selama ini dipegang PKR pun”.

“Saya tidak nampak ada 30 MP BN akan keluar dan menyokong PR. Kalau adapun, hanya segelintir”. Perkataan yang digunakan Mukhriz untuk mengambarkan hasrat Anwar ialah “berkhayal” (Dillusional). Tambah Mukhriz lagi, Anwar akan dijangka akan berdalih dan memainkan ‘drama’ untuk menjelaskan kenapa menjelang 16 September ini beliau masih belum mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan PR.

“Hanya Pembangkang sahaja yang merasakan ‘keseronokan’ apabila Anwar menyertai mereka dalam Dewan Rakyat”, sambil membuat analisa bahawa Anwar ialah 80% rhetorik dan hanya 20% fakta. Namun begitu, Mukhriz mengakui bahawa Anwar mempunyai kemampuan oratori yang amat baik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ahli UMNO, terutama peringkat akar umbi amat gusar dengan Plan Peralihan Kuasa yang hanya akan berkuat kuasa 2 tahun lagi, sebagaimana diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai 2008. Ini jelas ditunjukan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh dua hari lepas menunjukan bahawa dengan majoriti yang diperolehi, ada kemungkinan besar ahli UMNO sendiri mengundi PKR.

Perasaan tidak senang kepada Kepimpinan makin menebal dan jelas Mukhriz, “Rakyat makin sukar untuk ‘menelan’ kemampuan Kepimpinan meneruskan plan mereka.

Thursday, August 28, 2008

JANGAN ADA PRASANGKA BURUK

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, berharap kerajaan memilih ketua bank data DNA dengan baik dan jangan diberikan kepada orang yang tidak boleh dipercayai yang diibaratkan seperti melantik "perompak" menjadi ketua bank.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang DNA di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Silam menyifatkan Rang Undang-Undang DNa itu baik dan pihak pembangkang tidak perlu risau dengan pembentangannya.

Menurutnya, R/U DNA adalah rang undang-undang dasar yang boleh dijadikan mekanisme satu peraturan atau kes-kes jenayah tidak sewenang-wenangnya diambil tanpa mengikut peraturan.

Baginya, hak warganegara dipelihara dan tidak dianiaya dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, dua agensi yang terbabit dalam R/U DNA ialah Jabatan Kimia dan Polis Diraja Malaysia yang mempunyai kepakaran sejak dari dulu lagi. Mereka juga mempunyai peraturan dan perlu dihormati oleh semua pihak.

"Siapa lagi yang kita perlu percaya jika kita tahu bahawa pakar kimia yang membuat kajian yang baik. Kita tidak perlu mempertikaikan kerja mereka dan tidak menghormati mereka. Kita juga yang memberi kuasa kepada mereka untuk membuat kajian."

Beliau meminta agar semua pihak tidak mempertikaikan agensi yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Mereka yang menjalankan tugas dengan baik dan jangan pula diperlekeh-lekehkan.

"Waktu malam kita boleh tidur dengan selesa kerana pihak keselamatan inilah yang menjaga keselamatan kita dengan baik. " katanya.

Beliau mahu pihak pembangkang bersifat profesional dalam pembentangan R/U DNA ini.

ANWAR IBRAHIM TAKUT RANG UNDANG2 DNA

Oleh Pemikir Negara

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bercakap buat pertama kali di Dewan Rakyat pada jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, isu yang ditimbulkan ialah mengenai rancangan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang DNA yang didakwa dibuat oleh kerajaan tidak menghormati Speaker dan Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan memperkenalkan rang undang-undang DNA sekarang kerana takut dengan suara rakyat sekarang.

***********************************************************************************

Wira merasakan DSAI akan terus membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan bukanlah untuk membela penduduk Permatang Pauh.

Beliau akan menggunakan gelanggang di Dewan Rakyat untuk menonjolkan dirinya sebagai jaguh kampung sedangkan semua orang tahu bahawa beliau sebenarnya ingin membela dirinya daripada tindakan polis untuk mengambil DNA pesalah.

Wira juga merasakan tindakan Lim Kit Siang bangun untuk membincangkan isu itu tetapi menyeleweng dengan mengemukakan mengenai tindakan pengawalan akses Malaysia Today, sebagai orang yang suka mengambil kesempatan dan menggunakan masa untuk membincangkan isu lain.

Sepatutnya, Kit Siang sebagai ahli Parlimen veteran perlu mengetahui tindakan beliau itu tidak betul dan tidak baik untuk dijadikan contoh kepada ahli Parlimen yang baru.

Tindakan Kit Siang itu dicemuh oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

DSAI KESAL TIADA SIARAN LANGSUNG

Oleh Pemikir Negara

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mengadakan sidang akhbar setelah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada jam 10.05 pagi.

Dalam sidang akhbar itu antara lain beliau kesal Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung ketika beliau mengangkat sumpah.

*********************************************************************************

Wira berpendapat sikap DSAI itu memaparkan penasihat PKR itu suka mencari isu-isu yang boleh digunakan bagi membuat rakyat marah dengan agensi kerajaan.

Beliau tidak mahu memahami dan ingin menyelewengkan fakta bahawa RTM sejak dari dulu lagi tidak menyiarkan siaran langsung majlis angkat sumpah termasuk yang membabitkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu, tiada sebab untuk RTM untuk mengubah dasarnya semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang individu yang dilihat "gila publisiti".

Tuesday, August 19, 2008

PIHAK BERKUASA PERLU AMBIL TINDAKAN

Ahli Parlimen Bintulu minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat kacau terhadap jurugambar atau sesiapa saja yang dicederakan.

Timbalan Menteri berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang "terlalu ghairah" dengan pilihanraya ini.

Menurut beliau, pihaknya akan menyiasat terhadap dakwaan memukul jurugambar itu.

ANTI-ISLAMISATION CONGRESS IS ORGANISED XENOPHOBIA AT ITS WORST

By Mukhriz Mahathir

Wisma Putra’s statement condemning the intended Anti-Islamisation Congress by Pro-Koeln next month in Cologne is timely and appropriate as this conference is nothing short of a disgusting act of xenophobia by an extremist group that is both malicious and ignorant.

At a time where religious tolerance around the world is of paramount importance, it is deplorable to see this movement organise a conference which serves only to antagonise, defame and insult not only Muslims but people of all faiths who believe in constructive dialogue and proper engagement.

By disguising its racism with its right to free speech, this right wing movement intends to create a subjective platform that spitefully criticises Islam with no dissenting views. This conference which purportedly aims to discuss radical Islam is in itself a radical exercise and certainly nothing productive will emerge from it; except of course more reasons for these extremists to hate Muslims and Islam in general.

The speakers scheduled to appear at the conference include the Flemish politician Filip Dewinter, who once said that ‘she who wears a hijab signs her return to sender contract’ when dealing with Muslim immigration in Europe and Mario Borghezio, an Italian politician who was convicted of assaulting a Moroccan child in 1993. Surely, these men cannot be expected to have sensible views when it comes to inter-faith relations.

It is hoped that the German government will refrain from supporting this blatant attempt at inciting abhorrence and in turn condemn it as this will ensure proper diplomacy and continuous trade relations with Muslim-majority nations.

We also trust the reasonable people of Germany and Europe in general will reject this repulsive conference. Let it be realised that offending a religion and its followers is an affront to the practice of democracy and human rights, ideologies that have long been lauded by the West to ensure peace and harmony.

Monday, August 18, 2008

JANGAN POLIMEKKAN ISU TEMBAKAU

Oleh Malay Success

Penanaman tembakau tidak wajar dijadikan polemik oleh orang politik ! Walaupun Ahli Parlimen Titiwangsa mempertikaikan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) mengenai penyiaran Dokumentasi Penanaman Tembakau, ia sewajarnya tidak menjadikan stesen penyiaran itu sebagai tempat untuk meletakkan kesalahan di sisi pihak Kerajaan dan bahawa Kerajaanlah yang mempromosikan penanaman tembakau dengan kaedah terkini yang menguntungkan itu.

Tidak ada keputusan yang 'redundant' antara agensi Kerajaan kerana Kerajaan yang ada sudah mewujudkan Kementerian-Kementerian yang saling melengkapi terutama bagi membuat sesuatu dasar yang penting. Kalau di Singapura, harga sekotak rokok ialah dalam anggaran RM26.00, di Malaysia pula lebih kurang RM9.00 harganya. Adakah harga sekotak rokok akan naik lagi pada sesi pembentangan Bajet 2009 ?

LIMA TAHUN TIDAK BOLEH BERTANDING

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh bertanding selama lima tahun selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam rancangan Langsung dari Parlimen RTM1 sebentar tadi.

Thursday, July 17, 2008

JANGAN PERSOALKAN HAK MELAYU

Oleh Pemikir Negara

MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, ingin tahu berapa jumlah perbelanjaan pelancaran Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Adakah ia dibiayai oleh Petronas atau dana kerajaan secara langsung?

Beliau mahu tahu adakah secara khusus agensi peneraju pembangunan Wilayah Timur itu adalah Petronas atau agensi lain.

Datuk Ibrahim berkata beliau difahamkan ialah ada agensi lain yang akan menerajuinya bukannya Petronas.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam ECER adalah perkara yang dilakukan oleh Petronas selama ini. Adakah Petronas hanya memberi input dan banyak perkara yang sudah disenaraikan dalam RMK9 dimasukkan dalam ECER?

Beliau juga mahu tahu di mana wang itu diperolehi dan bimbang berlakunya pembaziran kerana perlantikan.

Datuk Ibrahim mahu tahu ada sudah bermula projek itu dan tidak mahu ia tidak dilaksanakan.

Mengenai biasiswa, Datuk Ibrahim menegaskan ia adalah hak bagi pelajar Melayu dan tiada kaitan dengan kuota untuk kaum lain.

Menurutnya, beliau faham mengenai hak orang lain tetapi menegaskan tiada pihak yang akan mempersoalkan biasiswa itu adalah hak orang Melayu yang ditukar dengan kerakyatan kepada kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ia perlu dilihat dalam kontek itu. Beliau bagaimanapun, menyokong semua pihak diberi biasiswa mengikut pencapaian mereka daripada sumber lain.

Datuk Ibrahim mencadangkan kerajaan menubuhkan dana khas tanpa menjejaskan bantuan kepada pelajar Melayu. Wang dana itu boleh disumbangkan oleh GLC untuk menolong kaum-kaum lain.

Bagaimanapun, ketika beliau bercakap MP Batu Gajah bangun untuk meminta "penjelasan" daripada MP Pasir Mas tetapi tidak dibenarkan oleh Speaker. Langkah MP itu dilihat sebagai usaha untuk menganggu Datuk Ibrahim untuk meneruskan ucapan.

Wira berpendapat tiada siapa yang perlu mempersoalkan hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Rakyat negara ini perlu memahami dan menghayati Perlembagaaan agar mereka lebih menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

DAP MAHU SENARAI PENERIMA BIASISWA

MP Batu Gajah mahu penerangan mengenai syarat-syarat pemberian biasiswa dan meminta kerajaan menyenaraikan penerima biasiswa untuk pengetahuan orang ramai.

Beliau mahu ketelusan untuk semua kaum di negara ini agar mereka yang patut dibantu diberikan bantuan yang secukupnya bukan hanya disembunyikan kerana Perkara 153 dalam Perlembagaan membabitkan hak keistimewaan orang Melayu.

SEMINAR IKS DI ISKANDAR MALAYSIA?

MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, mahu tahu apakah ada seminar dibuat oleh IRDA yang membabitkan penerangan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang membabitkan pelaburan RM4 billion di Iskandar Malaysia.

Ini penting bagi memastikan usahawan IKS mendapat peluang daripada projek di Iskandar Malaysia.

Wednesday, July 16, 2008

HUJJAHLAH ISU PERIBADI DI LUAR DEWAN

Oleh Pemikir Negara

Menonton pertikaman lidah antara MP Gombak, Azmin Ali dan MP Rembau, Khairy Jamuluddin Abu Bakar, memaparkan perbincangan "isu peribadi" semakin menjadi-jadi di dewan yang mulia ini. Ia terus dipanaskan oleh sang pengadu domba.

Apakan tidaknya apabila Azmin membuat pelbagai tuduhan terhadap Khairy dan kemudiannya MP Rembau menjawab boleh dilihat sebagai usaha yang tidak sihat menggunakan dewan untuk membincangkan isu peribadi. Antaranya yang terlalu peribadi.

Adalah elok kedua-dua MP itu berhujjah di luar dewan kerana mereka yang berada di dalam Dewan Rakyat dan sekitarnya sudah pasti tidak mahu wujudnya badut muda yang akan mewarnai sarkas negara itu.

Berhujjah di luar lebih baik kerana ia tidak akan mengambil masa orang lain yang adakalanya bertindak sebagai pengadu domba yang terbaik di dunia.

Pengadu domba ini akan mencelah dengan "memasukkan lada" agar perbalahan terus menjadi pedas. Yang akan pening kepala ialah Speaker Dewan Rakyat.

DUNIA BOLEH BELAJAR DARI MALAYSIA

Oleh Perry

MP Muar,Razali Ismail, mencadangkan Tabung Haji menerbitkan buku panduan mengenai Pengurusan Haji dalam semua bahasa, Bahasa Malaysia, English, Mandarin ,Tamil malah bahasa lain supaya dunia mengetahui mengenai Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersunguh-sungguh dalam menyuburkan syiar Islam.

Malaysia selaku ahli OIC dan pernah menerajui OIC harus menjadi contoh kepada
negara anggota OIC lain dalam hal ini. Lebih –lebih lagi Malaysia kini dilihat sebagai sebuah model bagi negara Islam dengan pengumuman pendekatan islam hadhari oleh Perdana Menteri Dato` Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi baru-baru ini.

Buku panduan ini bukan sahaja akan membantu rakyat Malaysia mengenali serta memahami dan menghayati usaha-usaha kerajaan dalam menyinarkan syiar Islam dalam negara malah mendorong rakyat luar negara mengunjungi Malaysia untuk melihat sendiri betapa seriusnya kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan sekaligus kehidupan seharian.

Saya berpendapat pandangan itu bernas dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancongnnegara ini. Pelancong boleh mendapatkan buku dalam pelbagai bahasa untuk difahami apa sebenarnya dilakukan oleh negara ini.

Ketika ini, pengalaman dan kepakaran negara tidak dibukukan dengan teratur yang menyebabkan kejayaan kita tidak diketahui. Kejayaan Tabung Haji perlulah dikongsi bersama demi kepentingan umat Islam seluruh dunia.

Monday, July 14, 2008

USUL UNDI TIDAK PERCAYA DITOLAK

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan.

Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut. - Utusan.
*************************************************************************
Wira berpendapat MP pembangkang cuba memainkan isu penolakan ini sebagai agenda politik mereka sehingga mereka membuat gelagat atau tindakan yang memaparkan seolah-olah mereka ingkar dengan apa yang disuarakan oleh Tan Sri Speaker.

Ini boleh dilihat apabila beberapa pembangkang cuba mencelah ketika Speaker bercakap dan tidak menghiraukan apa yang diminta oleh Speaker.

Wira berharap Tan Sri Speaker perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan terhadap MP yang tidak menghormati dewan dan jawatan Speaker Dewan Rakyat.

IMPIAN JADI FIRST WORLD BERKECAI HARI INI

oleh : ATH

Hari ini persidangan Dewan Rakyat berjalan dalam keadaan kelam kabut, riuh rendah dan seolah-olah tidak ada peraturan mesyuarat hampir 40 minit kerana Wakil Rakyat Pembangkang khasnya PKR tidak berbahas secara tertib dan bernas.

Mereka langsung tidak menghormati dan mengendahkan keputusan Yang Di Pertua Speaker dan peraturan-peraturan mesyuarat. Wakil Rakyat PAS nampaknya lebih sopan dan tenang berbanding dengan Wakil Rakyat PKR.

Keadaan seperti “kapal karam” itu tercetus apabila Wakil Rakyat Pembangkang membangkitkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengadakan sekatan jalan raya menuju ke bangunan Parlimen dan ini didakwa telah menganggu pergerakan mereka menghadiri sidang Parlimen.

Walaupun Speaker memaklumkan bahawa tindakan polis itu bertujuan memelihara keselamatan orang ramai termasuk keselamatan Wakil Rakyat yang bersidang di Parlimen, penjelasan itu tidak dapat memuaskan hati Wakil Rakyat Pembangkang.

Malah mereka mempersoalkan tindakan polis itu dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah sedangkan selama ini pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik bagi memelihara keselamatan rakyat dan Negara. Tindak-tanduk Wakil Rakyat Pembangkang ini sangat mendukacitakan dan memalukan rakyat yang cintakan keamanan.

Wakil Rakyat Pembangkang perlu ingat dan faham bahawa dalam pengurusan keselamatan negara strategi berkesan ialah untuk mengelak dan menghalang sesuatu perkara itu daripada berlaku. Ini adalah kerana jika tidak dihalang atau dicegah, kesan buruknya adalah lebih besar dan boleh memusnahkan keharmonian dan keselamatan negara.

Justeru, tindakan polis pada hari ini lebih merupakan usaha pencegahan bagi mengelakkan kumpulan tertentu mencetuskan keadaaan huru-hara. “Preventive is better than cure”.

Umum mengetahui pada petang ini (14 Julai 2008), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kes liwat beliau. Umum juga mengetahui perkhabaran satu perhimpunan haram berkenaan usul undi tidak percaya kepada PM akan diadakan pada pagi ini di hadapan bangunan Parlimen.

Walaupun usul undi tidak percaya ditolak oleh Speaker dan Datin Seri Wan Azizah mengetahui alasannya namun Wakil Rakyat Pembangkang masih mendesak Speaker mengizinkan usul tersebut dibahaskan dengan alasan yang tidak munasabah dan emosi serta kononnya dibuat demi kepentingan rakyat. Sepatutnya Speaker tidak melayan karenah Wakil Rakyat Pembangkang ini kerana tujuan mereka ialah untuk mempolitikkan isu Anwar dan menagih simpati rakyat.

Putar belit Wakil Rakyat Pembangkang menggunakan Persidangan Dewan Rakyat pagi ini sangat mudah difahami oleh orang kebanyakan umpama “sudah terang lagi bersuluh”. Ia lebih bertujuan politik seseorang tetapi bukan untuk kepentingan rakyat seperti yang didakwa oleh mereka. Sebaliknya bertujuan mengalihkan pemerhatian rakyat umum daripada membincangkan isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isu lain dengan harapan isu liwat Anwar akan dilupakan.

Taktik kotor ini tidak akan berjaya kerana rakyat telah faham dan masak dengan lakonan DSAI dan konco-konconya yang sering menggunakan skrip lama.

Wakil Rakyat Pembangkang juga sering berhujah apabila membawa sesuatu usul di Parlimen bahawa mereka berbuat demikian kerana untuk kepentingan rakyat atau mendapat sokongan sebilangan rakyat. Apakah benar dakwaan murah dan “stereotype” mereka itu?

Apakah Wakil Rakyat Barisan Nasional yang memenangi 140 kerusi di Dewan Rakyat tidak mempunyai penyokong? Secara logiknya tentulah penyokong Barisan Nasional lebih besar dari Pakatan Rakyat yang hanya memenangi 82 kerusi sahaja?

Apakah kita mahu menembungkan penyokong masing-masing untuk menentukan siapa yang lebih kuat dan berpengaruh? Tentunya orang yang berfikiran rasional akan menolak cara ini kerana ianya boleh menimbulkan kekacauan dan huru-hara.

Sudah tentu apabila ini berlaku tentunya pihak pembangkang akan menuding jari kepada kerajaan dan pihak polis kerana gagal menjaga keselamatan negara. Inilah sikap pihak pembangkang yang perlu kita awasi iaitu bersifat "talam dua muka" dan “opportunist” yang mengambil kesempatan daripada kesempitan orang lain.

Adalah amat wajar semua Wakil Rakyat khasnya Pembangkang bertindak secara wajar dan rasional serta mengenepikan kepentingan-kepentingan politik sempit semasa berbahas di Dewan Rakyat yang mulia ini sekiranya kemuliaan Dewan hendak dikekalkan sepanjang masa.

Pujian harus diberikan kepada Speaker yang banyak bertolak-ansur dan sabar dalam menguruskan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat. Dalam pada itu, Speaker juga perlu menunjukkan ketegasannya bagi memastikan setiap Wakil Rakyat menghormati keputusan yang telah beliau ambil serta mematuhi peraturan mesyuarat bagi mengelakkan persidangan Dewan Rakyat dilihat seperti kapal karam atau kedai todi.

Melihat apa yang berlaku dalam persidangan tengahari tadi yang penuh emosi dan tidak mengendahkan arahan-arahan Speaker sungguh memalukan dan tidak patut dijadikan contoh. Kalau keadaan ini berterusan, impian untuk menjadikan Parlimen Malaysia "First World Parliament" merupakan satu ilusi dan “jauh panggang daripada api”.

Friday, July 11, 2008

PENJELASAN MENTERI KERJA RAYA TENTANG KELEWATAN PROJEK

OLEH : SERI MELUR

MP Pasir Mas memohon YB menteri Kerja Raya menyemak balik projek-projek yang tidak dapat disiapkan oleh kontraktor sebelum kenaikan harga minyak dan bahan binaan. ini kerana kelewatan kontraktor ini akan menyebabkan penambahan kos dan ianya akan membebankan rakyat dan kerajaan.

Sementara itu, MP Pasir Salak pula mempersoalkan kerenah birokkrasi dalam jabatan kerajaan sehingga menyebabkan kelewatan sesuatu projek disiapkan dan projek-projek ini tersasar daripada tempoh yang telah ditetapkan.Jika budaya ini tidak diubah, ianya akan membebankan kerajaan.sebagai contoh, banyak projek-projek yang telah dirancang pada RMK 8 terpaksa di bawa ke RMK 9.

Dalam jawapannya, YB Menteri memberitahu bahawa kelewatan sesuatu projek itu bergantung kepada banyak sebab. Antaranya Kementerian Kerja Raya terpaksa menyelesaikanpelbagai masalah berkaitan sebelum sesuatu projek dapat dilaksanakan seperti pemindahan hak milik tanah, pengalihan bangunan yang terdapat di atas tanah yang bakal digunakan untuk sesuatu projek seperti masjid, kuil dan sebagainya. Masalah-masalah tersebut, kadangkala menyebabkan kelewatan sesuatu projek dilaksanakan.

Thursday, July 10, 2008

MP PASIR MAS JADI PAKAR KAMBING

MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, hari ini berusaha untuk memaparkan dirinya sebagai pakar kambing negara.

Beliau berjaya menarik perhatian MP lain dengan memberi penerangan jelas mengenai kaedah pembelaan kambing termasuk tabiat kambing jantan yang boleh mengawan sehingga 50 ekor kambing betina.

Wednesday, July 9, 2008

PEMBELA PETANI PADI

Oleh Anak Malaya

MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mengharapkan kerajaan memberi pembelaan kepada golongan petani padi.

Beliau mempersoalkan kenapa harga barang lain boleh naik dan golongan petani itu boleh mendapat lebihan pendapatan, tetapi kenapa tidak berlaku kepada golongan petani padi yang hanya kerana padi / beras itu merupakan makanan asas negara.

Kesan Padi / Beras termasuk bawah harga kawalan menyebabkan golongan petani padi bukan hanya mendapat untung yang tidak berbaloi malah ramai juga diantara mereka yang tidak mendapat pulangan modal.

Sudah sampai masa nya kerajaan dan semua pihak memberi sokongan, pembelaan dan keadilan kepada semua petani termasuk petani padi.

Pihak pembangkang juga jangan cepat membantah kerana perkara itu juga termasuk dalam perjuangan pembelaan rakyat dan jangan hanya membela sebahagian rakyat sahaja.

TERESA KORK CARI PUBLISITI MURAHAN

Oleh Pemikir Negara

MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, mahu kerajaan meneliti sama ada perlantikan wanita sebagai naib canselor di dua universiti di negara ini - Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menyebabkan prestasinya menurun.

Sambil menyatakan beliau bukan anti-wanita, Dr Mohd Puad berpendapat segala maklumat yang diperolehi selama ini daripada pelbagai pihak menjuruskan kepada penurunan prestasi dan sesuatu perlu dilakukan jika ia boleh memburukkan keadaan.

Ketika itulah, MP Teresa Kork, mencelah dengan menjerit-jerit dan membuat tuduhan bahawa Dr Mohd Puad adalah anti-wanita dan dijawab dengan baik oleh MP Batu Pahat bahawa ia tiada mengena dengan agenda tetapi prestasi individu berkenaan.

Wira berpendapat pandangan Dr Mohd Puad perlu diberikan perhatian kerana beliau bukanlah terkenal sebagai seorang yang membuat tuduhan tanpa membuat rujukan atau mengadakan penyelidikan terlebih dahulu.

Beliau sudah terkenal sebagai seorang yang membuat "homework" dengan baik ketika membentangkan hujjah-hujjahnya di Parlimen dan juga Perhimpunan Agung UMNO yang bertujuan untuk mempertingkatkan institusi pengajian di negara ini.

Tuduhan Teresa Kork itu lebih kepada cara DAP untuk mencari publisiti murahan bagi menagih simpati wakil rakyat wanita di dalam Dewan Rakyat. Bagaimanapun, "umpan" Teresa Kork itu tidak mengena malah ramai yang melihatnya sebagai "melenting tidak tentu pasal" dan inilah sebenarnya perwatakan pemimpin DAP.

Lebih memalukan ialah Teresa Kork ialah seorang EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan ada lebih baik TS Khalid Ibrahim memikirkan semula kedudukan Teresa Kork bagi memulihkan imej Pakatan Rapuh daripada terus pecah dan berkubur.

MP SEKIJANG PRIHATIN TERHADAP FELCRA

Oleh Pemikir Negara

MP Sekijang dalam wawancara bersama RTM selepas siaran lansung soal-jawab Parlimen 9 Julai, berpendapat bahawa FELCRA perlu selari dengan sistem FELDA.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa orang-orang tempatan sangat-sangat minat untuk menjadi ahli FELCRA.

Ada yang menunggu sehingga 20 tahun untuk tujuan itu. Kadang-kala mereka terlepas giliran dan ini membuat mereka tidak berpuas hati. Mungkin ada syarat-syarat yang perlu di patuhi. Mp Sekijang berharap bahawa perkara ini dapat diselaraskan.

Wira dapati bahawa MP Sekijang mempunyai hujjah yang baik serta boleh membawa peningkatan prestasi FELCRA dalam jangka masa panjang.

Oleh yang demikian, perkara yang diutarakan itu perlu diberi perhatian untuk kepentingan dan kebaikan ekonomi penduduk tempatan.