Monday, July 14, 2008

SISTEM PENGEDARAN BARANG KEPERLUAN DIPERTINGKATKAN

oleh : Perry

Kerajaan akan sentiasa memastikan golongan rakyat yang berpendapatan rendah mendapat barang-barang keperluan asas harian dengan harga yang berpatutan.

Dalam hubungan ini, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan di dalam Dewan Rakyat hari ini, bahawa kerajaan sedang memikirkan sistem "Ala Pernas Edar" dalam menambahbaik dan meningkatkan sistem pengedaran barang-barang keperluan asas.

Selain pada itu, kerajaan juga akan memberi perhatian khusus dalam meningkatkan kecekapan pengedaran barang-barang keperluan asas di seluruh negara dengan harga yang berpatutan.

Kaedah "Pasar Tani" dan "Felda Mart" juga akan dipergiatkan lagi supaya barang-barang keperluan asas sampai ke seluruh pelusuk Malaysia termasuk kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.

Dengan langkah yang diambil, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak berdiam diri malah sedang mengambil inisiatif membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menghadapi fenomena kenaikan harga barang-barang akibat kemelutan ekonomi global.

Jadi, dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan tidak prihatin malah dituduh bersekongkol menaikkan harga barang-barang serta minyak adalah tidak betul dan tidak berasas dan ia hanya merupakan satu retorik politik.

No comments: