KOTA BHARU 11 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor bersedia mendedahkan satu 'rahsia besar' mengenai kepincangan parti itu sekiranya pimpinan tertinggi PKR terus-menerus mencabar maruah dan prinsip beliau.
Menurutnya, sejak menyertai UMNO, banyak pihak yang menyerangnya secara peribadi termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
"Jika mereka terus-menerus berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak mendedahkan satu rahsia besar dengan bukti yang disimpan selama ini, tunggulah sampai masa ia akan didedahkan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada ceramah 'Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' di Melor dekat sini malam tadi.
Hadir sama ialah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Hamdan Taha dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Azmi Ishak.
Ezam berkata, penentangannya terhadap PKR bukan bersifat peribadi tetapi berasaskan kepada prinsip perjuangan berlandaskan kepentingan bangsa dan agama yang dilihatnya tersasar daripada perjuangan asal parti itu.
Bagi menegakkan prinsip perjuangannya, beliau menegaskan sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Penasihat PKR demi kepentingan dan kesejahteraan bangsa dan agama.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan PKR untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat Isnin ini, Ezam mendakwa, ia hanya gimik politik parti itu.
''Langkah itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu liwat yang membabitkan Anwar dan bagi membolehkannya mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat,'' jelas Ezam.
Beliau berkata, ia tidak lebih usaha untuk menyelamat kemelut yang dihadapi oleh PKR yang kini semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan pakatan pembangkang seperti Pas dan DAP.
"Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja menimbulkan isu itu seolah-olah negara sedang menghadapi masalah yang lebih besar dan perlu diberi perhatian segera," katanya.
Beliau bagaimanapun yakin cadangan usul tidak percaya itu tidak akan memberi kesan kepada kestabilan negara kerana rakyat pada masa ini sudah pandai menilai kebenaran.
Sehubungan itu, Ezam mengingatkan pemimpin Pas supaya berwaspada dan tidak bertindak menyokong Anwar dan PKR.
"Tak semestinya setiap pemimpin itu bercakap benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus.
''Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sudahlah ezam, tengok muka kau pun dah menyampah. Dedahlah kalau betul kau ada rahsia. Manusia lidah bercabang. Entah2 kau bengang dengan anwar pasal kau tak dapat main bontot dia.
Mana dah oergi enam kotak dokumen kononnya yang akan didedahkan sewaktu berada dalam PKR dulu?
Post a Comment