Wednesday, July 9, 2008

MP SEKIJANG PRIHATIN TERHADAP FELCRA

Oleh Pemikir Negara

MP Sekijang dalam wawancara bersama RTM selepas siaran lansung soal-jawab Parlimen 9 Julai, berpendapat bahawa FELCRA perlu selari dengan sistem FELDA.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa orang-orang tempatan sangat-sangat minat untuk menjadi ahli FELCRA.

Ada yang menunggu sehingga 20 tahun untuk tujuan itu. Kadang-kala mereka terlepas giliran dan ini membuat mereka tidak berpuas hati. Mungkin ada syarat-syarat yang perlu di patuhi. Mp Sekijang berharap bahawa perkara ini dapat diselaraskan.

Wira dapati bahawa MP Sekijang mempunyai hujjah yang baik serta boleh membawa peningkatan prestasi FELCRA dalam jangka masa panjang.

Oleh yang demikian, perkara yang diutarakan itu perlu diberi perhatian untuk kepentingan dan kebaikan ekonomi penduduk tempatan.

1 comment:

Geng_65 said...

terlebih dahulu syabas buat penulis, kerana telah melaporkan apa yg YB Sekijang lakukan utk masyarakat P140...Harapan saya semoga ianya dilaksankan dgn jujur bukan sekadar kata-kata...Sebenarnye byk lg yg patut YB perlu lakukan tehadap masyarakat sekijang..terutama berkenaan kesmiskinan, sosial, pendidikan serta para belia..apa yg saya dpti belia di P140 telah hlang arah dan menimbulkan byk pekara jenayah..kerana saya juga anak tempatan disana..cuma saya berada diluar..dan insyallah dlm masa terdekat ini saya akan mencurah tenaga dan fikiran untuk membela rakyat di P140. Demi mencapai hasrat rakyat :HARPANA MALAYSIA BARU"