KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan.
Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.
Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut. - Utusan.
*************************************************************************
Wira berpendapat MP pembangkang cuba memainkan isu penolakan ini sebagai agenda politik mereka sehingga mereka membuat gelagat atau tindakan yang memaparkan seolah-olah mereka ingkar dengan apa yang disuarakan oleh Tan Sri Speaker.
Ini boleh dilihat apabila beberapa pembangkang cuba mencelah ketika Speaker bercakap dan tidak menghiraukan apa yang diminta oleh Speaker.
Wira berharap Tan Sri Speaker perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan terhadap MP yang tidak menghormati dewan dan jawatan Speaker Dewan Rakyat.
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya amat bersetuju dengan Wira, mungkin kalau ada tsunami usul tidak percaya terhadap MP-MP Pakatan Rakyat di parlimen masing-masing, lagi bagus.
Pendedahan di media-media juga penting sebagai bukti kepada rakyat tentang prestasi mereka sekelian pagi tadi. Sungguh memalukan...
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
Post a Comment