Monday, July 14, 2008

AMARAN EZAM TERHADAP GELAGAT ANWAR PERLU PERHATIAN

OLEH : PEMIKIR NEGARA

Ezam Mohamad Nor, bekas Ketua Pemuda PKR dalam akhbar-akhbar tempatan telah memberitahu semua pembaca-pembaca tentang gelagat dan sifat-sifat Anwar yang suka berdolak-dalik dan tidak konsisten dalam pendiriannya memperjuangkan kononnya hak rakyat. Anwar sentiasa berubah-ubah apabila berbincang perkara-perkara berkaitan DEB dan juga persamaan hak kepada semua rakyat. Ezam seterusnya mengatakan bahawa pendirian baru Anwar ini sangat bahaya kepada kepentingan khususnya orang-orang Melayu yang merupakan teras dalam hala tuju pembangunan politik dan ekonomi negara. Beliau bimbang bahawa sikap Anwar yang sentiasa berubah hanya untuk menepati kepentingan sempit politik beliau ini akan membawa situasi huru-hara dan menjejaskan kestabilan negara.

Ezam juga ada mendedahkan dalam akhbar Star 14 Julai 2008 mengenai "Statutory declaration of Abdul Murad 1999" yang perlu pihak polis membuka kembali penyiasatan nya. Menurut dokumen ini, Anwar memiliki simpanan wang berjumlah RM 3 bilion. Pandangan Ezam ini, perlu pihak tertentu memberi perhatian kerana ini melibatkan wang rakyat yang berunsur akauntabiliti atau kebertanggungjawaban. Peminat blog harus meneliti sumpahan ini supaya menjadi lebih peka dan memahami betapa rakusnya Anwar ini.

Ezam juga telah banyak memberi maklumat secara umum mengenai PKR dan aspirasi sempit mereka di pertemuan-pertemuan dan juga dalam akhbar-akhbar tempatan. Apa yang beliau sebut juga dipetik oleh media antarabangsa.

Wira berpendapat bahawa pendedahan-pendedahan Ezam ini ada nilainya dan eloklah pembaca-pembaca dan pemerhati politik tempatan meneliti maklumat-maklumat Ezam ini kerana beliau lama dalam PKR. Beliau meninggalkan PKR kerana Anwar Ibrahim sudah mula sesat dan sasau yang boleh memudaratkan kepentingan orang-orang Melayu sekarang dan masa hadapan. Beliau berani mengatakan bahawa rakyat perlu berhati-hati kepada setiap tingkah laku Anwar Ibrahim kerana aktiviti beliau tidak bersusila dan liar.

No comments: