oleh : Princess Aurora
Menteri Penerangan menyebut pada lawatan beliau ke Vanuezuela, beliau mendapati harga makanan untuk 4 orang di sana adalah RM800... Wah.... Kalau makan hotel 5 bintang mungkin justified to pay rm800. Tapi kalau normal diners je? Boleh muntah kalau hari-hari nak bayar that price.
According to a source, inflation rate kat sana is between 20 - 30%. According to source juga, Venuezuela merupakan sebuah negara pengeluar minyak yang terkemuka iaitu sebanyak 2.4 juta tong sehari. Disebabkan kerajaan Venuezuela mahu menjadi kerajaan populist, mereka telah meletakkan harga minyak hanya 30sen/liter. Tindakan ini telah menyebabkan mereka gagal mengawal harga barang lain dan seterusnya menyebabkan kadar inflasi menjadi tinggi.
Kalau harga minyak murah, tapi harga makanan melambung-lambung, takde makne juga. Minyak bukan boleh makan pon. Ia hanya penting sebagai punca tenaga. Pada saya kena balanced la. Boleh isi minyak dan beli benda lain dengan harga yang sepatutnya. Maka dengan itu, kita boleh lihat, tidak semestinya dengan harga minyak rendah, harga barangan lain juga rendah.Mungkin kerajaan kita lebih rela menjadi tidak popular berbanding melihat rakyat menderita dengan kadar inflasi yang melampau.
Mungkin sekarang rakyat tidak faham, tapi sedikit masa lagi rakyat pasti mengerti. Dan dari apa yang saya lihat, rakyat sudah mula menerima kenaikan harga minyak. Saya juga berharap, kerajaan akan terus memastikan harga barangan lain terkawal agar semua orang boleh menikmati kehidupan selesa di Malaysia ini. Semoga di Malaysia tidak akan ada yang perlu bayar RM200 untuk makan tengah hari di gerai......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kalau RM800 sekali makan, tu mungkin makan buffet dekat hotel yang Menteri tu duduk... Kat Malaysia pun ade hotel yang boleh charge sampai RM5000 untuk seklai makan... kalau pergi 5+ hotel...
Sangat-sangat tak munasabah RM800 unuk 4 orang makan jika ianya hidangan biasa...
Berdasarkan tourist guide http://www.lonelyplanet.com/worldguide/venezuela/money-and-costs
seklai makan kat Venezuela cuma USD 1 - USD 10 ...
tak de sampai RM800???
Takkan semua nak spin kut??? Teruk la macam nie... asyik kena tipu aje...
Post a Comment