Thursday, July 10, 2008

SEMUA PELAJAR BERPELUANG MENDAPAT TEMPAT DI IPTA

oleh : Pemikir Negara

MP Pasir Gudang (Menteri Pengajian Tinggi) menjelaskan kriteria pengambilan untuk kemasukan pelajar ke IPTA tempatan di ambil kira mengikut sistem meritokrasi iaitu melalui keputusan peperiksaan(PNGK) serta markah kokurikulum yang tinggi. Pelajar yang ingin memasuki IPTA tempatan mestilah seimbang PNGK akademik mereka beserta dengan kegiatan kokurikulum yang mereka ada.

Menteri juga menjelaskan bahawa kebanjiran pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki di IPTA memang berlaku. Ini adalah tahap kecermerlangan pelajar perempuan yang lebih . Namun bilangan pelajar lelaki lebih banyak dari pelajar wanita dalam kursus peringkat PHD, Politeknik serta Kolej Komuniti.

MP Batu Kawan dan MP Teluk Intan (DAP) mencelah dengan mengatakan bahawa graduan universiti tempatan tidak mencapai `standard` yang sepatuntya serta mengemukakan pertanyaan apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan bahawa graduan universiti tempatan setanding dengan universiti luar.

MP Pasir Salak tidak berpuas hati dengan celahan MP Teluk Intan yang memandang rendah kepada graduan universiti tempatan.

Beliau bertanya MP Teluk Intan adakah beliau dari Universiti di India atau Tamil Nadu?

...............................................................

Wira berpendapat bahawa MP Pembangkang cuba mengelirukan ahli Dewan terutamanya Menteri Pengajian Tinggi yang sangat arif tentang perjalanan kementeriannya. Sepatutnya MP berkenaan perlu memberi cadangan bernas kepada kementerian bagaimana hendak mempertingkatkan lagi mutu graduan universiti tempatan.

No comments: