Oleh Pemikir Negara
Jika ikatan politik tidak berdasarkan semangat setiakawan tetapi semata-mata "suka-suka" maka ia tidak akan kekal. Ini yang akan berlaku dalam Pakatan Rapuh terdiri daripada PKR, DAP dan PAS yang semakin terserlah perpecahannya.
Terbaru, bermula di Desa Mentari, Selangor, usaha untuk membina sebuah surau oleh ahli Islam PKR dan PAS dibantah oleh ahli bukan Islam.
Ini pertama kalinya tindakan membina surau di negara ini dibantah oleh orang bukan Islam dan ini berlaku di zaman pemerintahan PKR di Negeri Selangor. Amat menyedihkan dan satu keadaan yang membimbangkan. Orang Islam sudah mula diganggu di negeri sendiri terutama dalam membuat rumah ibadat mereka.
Jika ini terus berlaku adalah malang bagi masyarakat Islam di negara ini kerana tindakan mereka membina surau ketika ini dipertikaikan oleh orang bukan Islam yang berani berarak untuk membantah perasmian yang dibuat oleh EXCO Agama, Datuk Dr Hassan Ali. EXCO inilah yang mengharamkan kegiatan Islam Hadhari di Selangor.
MP Jurugambar Lingam dari Kelana Jaya yang ingin menjadi hero akhirnya menerima tumbukan oleh ahli PKR yang dikatakan pembantu khas seorang ADUN. Adakah peristiwa ini menunjukkan Pakatan Rapuh terutamanya PKR sudah tidak boleh mengawal ahli bukan Islam daripada mencampuri urusan masyarakat Islam di negeri itu.
Wira juga amat bersedih dengan MP Jurugambar yang ditumbuk dan gambarnya tersiar dalam akhbar The Star dengan mimik muka yang menangis seperti budak tadika. Sudah tentu MP Jurugambar akan sakit hati dan meminta DSAI menyelesaikan masalah dengan parti anggota Pakatan Rapuh itu.
Sungguh menarik untuk melihat perkembangan selanjutnya.
Saturday, July 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
padan muka kene tumbuk!!!
Post a Comment