Oleh ATH
Syabas diucapkan kepada Dato `Ahmad Shabery Cheek dan DSAI kerana menjayakan debat pada malam tadi(15.07.08).
Ini menandakan suatu titik permulaan yang baik dalam mengukir lanskap politik negara kerana buat julung kalinya mengadakan debat ala `American Presedential Debate`secara langsung. Inilah satu kaedah yang patut diterapkan di kalangan ahli-ahli politik apabila mahu menyampaikan sesuatu pandangan , kritikan serta cara penyelesaian yang lebih teratur dan tertib serta demokratik.
Inilah juga kaedah yang sesuai bagi menggantikan demonstrasi jalanan , pperhimpunan haram yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang di negara ini yang telah banyak menyusahkan rakyat. Sekaligus debat tersebut menjadi bukti nyata sikap keterbukaan Pak Lah.Tidak terfikir oleh kita bahawa kebebasan seperti ini dapat dinikmati dalam era Tun Dr Mahathir dan DSAI.
Umum melihat, Dato`Ahmad Shabery petah berhujah dan berjaya mengemukakan fakta-fakta yang konkrit serta relevan dalam membahaskan tajuk "Hari ini Bentuk Kerajaan , Esok Harga minyak Turun",dan sekaligus menangkis hujah-hujah DSAI yang bersifat `retorik` dan `populis` semata-mata.
Keberanian Dato` Ahmad Shabery patut dipuji kerana sanggup berhadapan dengan DSAI yang dianggap hebat berpidato.
Kenyataan DSAI untuk mengurangkan harga petrol sebanyak 50 sen seliter daripada harga sekarang dengan peruntukan tambahan subsidi sebanyak 5 bilion akan menjadikan negara ini muflis.Ini adalah kerana harga petrol sekarang sebanyak RM 2.70 sen telahpun diberi subsidi oleh kerajaan sebanyak 30 sen seliter daripada harga pasaran petrol RM 3 pada tarikh penstrukturan subsidi bahan bakar itu diumumkan hampir sebulan yang lepas.
Kini harga pasarannya ialah RM 3.45sen seliter dan harganya semakin hari semakin meningkat.Ini bererti subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan sekarang pada hakikatnya dalah sebanyak 75 sen seliter , dan jika dicampurkan penurunan 50 sen lagi seperti yang dijanjikan DSAI bererti subsidi petrol lebih besar lagi dari pada yang dinyatakan itu (5bilion).
Tidak syak lagi keadaan ini akan menghakis hasil negara dan menjadikan Malaysia bankrap. Justeru kenyataan DSAI tersebut di dorong oleh kepentingan politik semata-mata dan tidak langsung memikirkan masa depan 27 juta rakyat Malaysia serta generasi masa akan datang. Inilah contoh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
DSAI jug menyatakan untuk menampung perbelanjaan subsidi yang beliau cadangkan, perjanjian IPP patut disemak semula agar keuntungan daripada penyemakan itu dapat digunakan untuk menampung penurunan harga minyak yang dicadang.
Sekali lagi DSAI terkeliru kerana keuntungan itu tidak diperolehi oleh kerajaan sebaliknya oleh TNB.Sebagai `public listed company` TNB dimiliki oleh pemegang syer dan bukan milik penuh kerajaan seperti Petronas. Justeru hujah ini amat mengelirukan.
Dato` Ahnad Shabery telah berjaya membongkarkan sifat `berdolak-dalih ` DSAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment