Wednesday, July 9, 2008

AWASI TIPU MUSLIHAT ANWAR IBRAHIM

Oleh Pemikir Negara

Ketika semua pihak menunggu perdebatan antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita perlu memikirkan perkara-perkara yang mungkin berlaku ketika siaran langsung itu.

Ini kerana sebagai pemimpin yang sudah lama berkhidmat, DSAI mempunyai segala macam muslihat dan helah yang sudah pasti akan digunakan ketika berdebat dengan individu yang beliau sifatkan sebelum ini sebagai "bolehlah" jika tidak dapat berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Umum mungkin sudah tahu dengan kebolehan dan kepintaran DASC berpidato serta berhujjah tetapi mereka juga amat maklum dengan usaha penasihat DSAI yang akan memastikan penasihat PKR itu "menang" dengan apa cara sekalipun.

Tidak hairanlah beliau kini dikatakan menggunakan pensyarah ekonomi yang menjadi sahabat karibnya untuk memberi hujjah-hujjah yang boleh digunakan untuk "memperangkap" DASC dalam perdebatan yang mungkin disiarkan secara langsung oleh siaran televisyen di negara ini.

Wira juga berpendapat bahawa DSAI juga boleh membuat pendekatan dengan menyatakan perkara yang tidak ada. Umpamanya, beliau mungkin berkata perkara itu pernah diutarakan kepada Perdana Menteri atau Kabinet yang mungkin tidak boleh disangkal oleh DASC kerana beliau bukan Perdana Menteri atau berada dalam Kabinet.

Ketika itu, rakyat akan lebih percaya kepada DSAI walaupun perkara itu tidak berlaku atau hanya semata-mata satu pembohongan. Ketika itu, ada kemungkinan semua pihak termasuk rakyat negara ini akan terperangkap dengan maklumat palsu berkenaan.

Melainkan, penganjur iaitu Agenda Daily menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu terhormat bagi memerhati kemungkinan wujudnya pembohongan. Ketika itu, moderator bolehlah bertanya kepada TDM apa yang telah diperkatakan oleh DSAI.

Persoalannya adakah TDM akan hadir untuk menyaksikan orang yang pernah disingkirkannya kerana faktor yang beliau amat tahu dan yakin dengannya.

Ataupun, penganjur boleh membawa Menteri Kabinet lain yang boleh memberikan pandangan mereka ketika perdebatan itu seperti mana yang dikehendaki oleh DSAI untuk berdebat dengan separuh Kabinet sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

Woi PENGIKIR NEGARA

Lu ajaklah mana2 muka dalam BN termasuk TDM, DSAI tak kan lari beb. DSAI manusia jujur dan dia tahu tembelang semua muka2 dalam BN. Bergelumang dengan macam2 power abuse mesti terkencet nanti nak jawab.

Sudahlah lu pengikir negara rentikan criter karut marut ada baik lu tutup je blog ni pasal tak mendatangkan paedah langsung.