Friday, July 11, 2008

JAWAPAN TIMBALAN MENTERI WILAYAH LENGKAP

OLEH : SERI MELUR

MP Tapah (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) telah menyampaikan penggulungan termasuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh MP Seputeh, MP Padang Serai, MP Labuan, MP Batu, MP Segambut dan lain-lain. Beliau menegaskkan caj letak kereta yang dikenakan oleh DBKL adalah dari 7.30 pagi hingga 6 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Tiada sebarang kenaikan untuk caj letak kereta iaitu sebanyak RM 0.80 sejam.

Menjawab soalan daripada MP Labuuan berkaitan marin transportation antara Labuan dan Menumbuk, Timbalan Menteri menegaskan bahawa ianya adalah dalam bidang kuasa jemaah menteri dan perlaksanaannya memerlukan kelulusan dari segi dasar serta masih dalam pertimbangan. Walaubagaimanapun beliau memberi jaminan akan mempercepatkan perlaksanaannya

Timbalan Menteri juga menegaskan caj letak kereta di dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur adalah di dalam bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan bukannya DBKL. Menjawab soalan daripada MP Padang Serai yang mendakwa tempat letak kereta dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar sahaja, beliau menegaskan tiada sebarang pilih kasih. Pemberian tempat letak kereta oleh DBKL adalah melalui sistem tender.

Sementara itu, YDP Speaker menegur MP Seputeh kerana membangkitkan kadar caj tempat letak kereta yang tidak sama, iaitu sebahagiannya antara hari Isnin-Jumaat dan sebahagiannya antara Isnin-Sabtu. YDP Speaker mengingatkan setiap maklumat yang telah diberi seharusnya lengkap seperti di Jalan mana, dihadapan bangunan mana dan sebagainya. ini memudahkan sebarang tindakan diambil.

Sesi ini adalah yang paling panjang dan mendapat perhatian daripada MP.

No comments: