oleh : ATH
Pada malam ini 15 Julai 2008 jam 9:00 malam, akan tercetus satu sejarah di mana rakyat Malaysia buat julung-julung kalinya akan dapat menyaksikan perdebatan di antara YB Menteri Penerangan Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim atas tajuk "Hari Ini Memerintah, Esok Harga Minyak Turun" yang dianjurkan oleh Agenda Daily. Inilah 'Debate of The Year'.
Ramai orang yang ragu dan kurang yakin bahawa debat itu dapat diadakan kerana ia bukannya satu budaya rakyat Malaysia. Kalau diadakan sekali pun, ramai yang beranggapan YB Menteri Penerangan akan gagal dan tidak akan mampu menandingi DSAI kerana dikatakan DSAI lebih petah berhujah. Ada juga yang merasakan DSAI tidak akan muncul di perdebatan tersebut kerana malu dengan tuduhan liwat ke atasnya (khabarnya DSAI tidak pergi ke Balai Polis Travers untuk membantu siasatan kes liwatnya yang di jadualkan pukul 2 petang tadi-le.......wat lagi nampaknya).
Ada juga pendapat mengatakan DSAI merasa gentar kerana buat pertama kali diuji untuk berdebat secara tertib dan bertamadun dalam mengetengahkan sesuatu isu. Selama ini DSAI dianggap jaguh kerana tidak ada orang yang berani menentang hujahnya, kali ini beliau merasa terperanjat dan tergamam berdepan dengan Menteri Penerangan. Mengikut sumber, beliau dilaporkan lebih senang kalau debat itu tidak dilangsungkan kerana takut berdepan dengan Menteri Penerangan yang cukup petah dan bijak berhujah. Ada sesetengah orang yang berpendapat, kali ini DSAI benar-benar akan 'bertemu buku dengan ruas'.
Kepada Menteri Penerangan, rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keamanan serta benci kepada pembohongan dan kepura-puraan, berkeyakinan penuh bahawa Dato' Ahmad Shabery Cheek akan dapat menjelaskan kedudukan isu minyak ini dalam perspektif yang betul dan meyakinkan.
Kesanggupan beliau berdebat saya rasa adalah didorong oleh sifat tanggungjawab beliau sebagai Menteri Penerangan untuk mempertahankan dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang selama ini diputar belitkan oleh pihak pembangkang. Keberanian beliau patut diberi pujian dan merupakan satu anjakan paradigma di kalangan Menteri Kabinet Pak Lah untuk menjelaskan sesuatu isu secara konstruktif dan berdepan. Berbeza dengan pendekatan terdahulu, pihak kerajaan selalunya mengambil pendirian mengelak lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan DSAI.
Saya percaya Dato' Ahmad Shabery Cheek mampu menjadi panglima perang di medan yang menggunakan kata-kata dan hujah sebagai peluru untuk membetulkan minda rakyat yang selama ini dikotori dengan fitnah pembangkang. Kita sebenarnya tertunggu-tunggu apakah yang hendak dihuraikan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek.
Kepada Anwar, saya telah menduga hujahnya ibarat 'sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya'. Harap DSAI tidak berlakon lagi dan menggunakan skrip dan lagu lama yang diulang-ulang. Setahu saya, lagu lama yang sedap diulang-ulang ialah lagu ciptaan P. Ramlee sahaja. Saya telah memberitahu rakan-rakan supaya datang awal menonton tv dan jangan le...le...wat... Nanti rugi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tengok juga siapa pengacaranya...kalau johan jaafar tak payah tengok la...
hidup UMNO dan BN!!!
Post a Comment