Thursday, July 17, 2008

JANGAN PERSOALKAN HAK MELAYU

Oleh Pemikir Negara

MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, ingin tahu berapa jumlah perbelanjaan pelancaran Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Adakah ia dibiayai oleh Petronas atau dana kerajaan secara langsung?

Beliau mahu tahu adakah secara khusus agensi peneraju pembangunan Wilayah Timur itu adalah Petronas atau agensi lain.

Datuk Ibrahim berkata beliau difahamkan ialah ada agensi lain yang akan menerajuinya bukannya Petronas.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam ECER adalah perkara yang dilakukan oleh Petronas selama ini. Adakah Petronas hanya memberi input dan banyak perkara yang sudah disenaraikan dalam RMK9 dimasukkan dalam ECER?

Beliau juga mahu tahu di mana wang itu diperolehi dan bimbang berlakunya pembaziran kerana perlantikan.

Datuk Ibrahim mahu tahu ada sudah bermula projek itu dan tidak mahu ia tidak dilaksanakan.

Mengenai biasiswa, Datuk Ibrahim menegaskan ia adalah hak bagi pelajar Melayu dan tiada kaitan dengan kuota untuk kaum lain.

Menurutnya, beliau faham mengenai hak orang lain tetapi menegaskan tiada pihak yang akan mempersoalkan biasiswa itu adalah hak orang Melayu yang ditukar dengan kerakyatan kepada kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ia perlu dilihat dalam kontek itu. Beliau bagaimanapun, menyokong semua pihak diberi biasiswa mengikut pencapaian mereka daripada sumber lain.

Datuk Ibrahim mencadangkan kerajaan menubuhkan dana khas tanpa menjejaskan bantuan kepada pelajar Melayu. Wang dana itu boleh disumbangkan oleh GLC untuk menolong kaum-kaum lain.

Bagaimanapun, ketika beliau bercakap MP Batu Gajah bangun untuk meminta "penjelasan" daripada MP Pasir Mas tetapi tidak dibenarkan oleh Speaker. Langkah MP itu dilihat sebagai usaha untuk menganggu Datuk Ibrahim untuk meneruskan ucapan.

Wira berpendapat tiada siapa yang perlu mempersoalkan hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Rakyat negara ini perlu memahami dan menghayati Perlembagaaan agar mereka lebih menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

No comments: