Friday, July 11, 2008

PM AUSTRALIA TAK PERLU LAYAN PROVOKASI ANWAR

Oleh : Pemikir Negara

Anwar Ibrahim dalam laporannya Utusan Malaysia bertarikh 10 Julai 2008 telah menuduh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd tidak mempedulikan prinsip hak asasi manusia.Kevin rudd di fahamkan akan melawat Malaysia hari ini 10 Julai 2008 untukpertemuan bilateral Malaysia-Australia. Ini adalah lawatan rasmi pertama oleh Kevin Rudd. Perdana Menteri Australia sebelum ini tidak pernah melawat Malaysia dan beliau telah ditumpaskan oleh Rudd dalam pilihanraya umum Australia tahun lepas.

kini Australia di bawah perdana menteri barunya mempunyai visi dan misi baru dalam mendekati negara-negara rakan Asean termasuk Malaysia. Beliau adalah seorang PM yang berlatar belakangkan bidang antarabangsa dan juga pakar Australia dalam bidang hubungan Australia-China. Dengan latar belakang demikian, PM ini akan dapat melakarkan hubungan yang segar di antara Kuala Lumpur dan Canberra.

Australia pernah berbakti kepada Malaysia sejak Perang Dunia Ke-2 semasa menentang tentera Jepun di bumi Malaya ketika itu. Australia juga terlibat menentang pengganas-pengganas komunis Malaya yang rakus dalam tujuan jahat mereka untuk merampas Malaysia secara kekerasan. Banyak tentera Australia telah terkorban semasa bertempur dengan komunis Malaya. Begitu juga, ramai juga tentera mereka terkorban melawan Jepun. Peristiwa-peristiwa ini tidak mudah Kuala Lumpur melupakannya. Malahan imej tentera-tentera Komanwel termasuk Australia telah diabadikan dalam bentuk Tugu dan memorial yang kerap dilawat oleh rakan-rakan mereka yang masih hidup. Kini Australia juga terlibat dalam hubungan pertahanan serantau dimana Malaysia juga berpeluang mengadakan "joint-exercises". Beribu-ribu pelajar-pelajar Malaysia juga melanjutkan pelajaran mereka di Universiti-universiti di Australia. Ramai telah pulang dan berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta. Secara tidak langsung, Australia telah banyak meningkatkan modal insan Malaysia untuk membangunkan negara dulu dan sekarang.

Wira berpendapat bahawa tindakan Anwar Ibrahim sewenang-wenangnya menuding jari kepada Rudd yang juga menjadi tetamu kepada Malaysia pada ketika ini adalah dianggap kurang adab. Kenapa Anwar berprasangka terhadap Rudd yang tidak berminat kepada isu hak asasi manusia di Malaysia? PM Rudd sangat peka kepada konsep hak asasi secara universal dan juga prinsip-prinsip yang dihayati United Nations Commision for Human Rights yang beribu pejabat di Geneva. Siapakah Anwar yang hendak mengajar kepekaan PM Rudd terhadap perkara ini. Malaysia merupakan anggota kepada United Nations Commision tersebut. Malaysia mempunyai cukup sistem hak asasi manusia yang setaraf dengan apa yang terdapat dan didefinisikan oleh negara-negara barat termasuk Eropah.

Wira minta Anwar jangan mudah melatah dan cuba mengait-ngaitkan rakyat Australia supaya bersimpati dengan masalah peribadi yang melibatkan masalah sodomy dengan mangsa yang sanggup untuk mubahalah atau bersumpah laknat demi kebaikan beliau.

No comments: