Tuesday, July 15, 2008

PERGOLAKAN DALAM PAS

Oleh Pemikir Negara

Pergolakan dalam PAS makin sehari semakin hanggat diperkatakan. Keretakan dalaman berlaku apabila PKR menang di Perak. Masing-masing mencadangkan nama calon untuk jawatan Menteri Besar.

Pertengakaran/perbalahan berlarutan sehingga sampai campur tangan Ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan Perak yang menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan negeri bahawa Menteri Besar mesti yang beragama Islam. Di sini DAP tidak senang hati menang satu kerusi tetapi boleh jadi Menteri Besar.

Keretakan juga turut berlaku di Negeri Selangor antara Keadilan, DAP dan PAS berhubung projek ternakan babi. PAS menyarankan projek ini tak payah diperbesarkan kerana pusat berkenaan terlalu hampir dengan perkampungan orang Melayu, nanti sensatif. Keadilan dan DAP tak ambil kira pun pandangan PAS.

Isu kontrak sosial, DAP dan Keadilan menyokong forum anjuran majlis peguam yang mempertikaikan kontrak sosial yang termaktub dalam perlembagaan, tetapi PAS berdiam diri dalam hal ini, seolah-olah bersetuju walaupun PAS tahu bahawa perkara tidak perlu dibincangkan lagi kerana sudah termaktub dalam perlembagaan.

Inikah perjuangan PAS?. Mursidul Am sepatutnya menyatakan perkara yang benar berhubung perbalahan dalam pakatan kepada penyokong peringkat akar umbi, tak perlu pura-pura dengan pelbagai alasan bagi melindungi pakatan di mata penyokong. Sedangkan pakatan sekarang seolah-olah menunggu belah sahaja kerana sudah lama retak.

Sabda Nabi bemaksud ”Katalah perkara yagn berlaku itu walau pahit sekali pun” jangan cuba tipu penyokong.

Saya sarankan kepada pimpinan PAS, tinggallah Keadilan dan DAP kerana tidak menguntungkan orang Melayu, masa depan anak cucu kita. Perjuangan DAP dan Keadilan untuk kepentingan peribadi Anwar, bagi melindungi perkara yang dihadapinya sejak 1998 lagi.

Marilah berjuang bersama UMNO bagi menggembalikan hak-hak orang Melayu yang kini dijual oleh DAP dan disokong oleh Keadilan. Ini jelas kerana Keadilan dan DAP ada kumpulan yang sanggup mempertikaikan ketuanan Melayu, kontrak sosial di jalan-jalan raya secara terangan-terangan tidak segan, tidak takut. Apakah ini perjuangan PAS?.

Sebagai orang Islam, dan bangsa Melayu jangan sampai dicucuk hidung oleh DAP. PAS kini dilihat sebagai embun di hujung rumput atau telur di hujung tanduk. Sebarang perundingan dalam PKR tidak diajak lagi untuk berbincang.

Jangan sampai ditendang dengan cara yang tidak sepatutnya.

No comments: