Monday, July 7, 2008

SEMUA PIHAK TITIK BERATKAN ISU HALAL

Oleh Pemikir Negara

MP Baling, Dato" Azamuddin Taib, mahu semua pihak termasuk peniaga memastikan isu halal dititikberatkan kerana umat Islam amat sensitif dengan isu ini sepanjang masa.

Wira amat menyokong pandangan MP Baling itu kerana tiada pihak yang boleh memperlekehkan isu halal ini dengan alasan yang tidak munasabah atau mengada-adakan alasan apabila diri mereka ditangkap oleh pihak berkuasa.

Kejadian di mana pengusaha makanan tidak mementingkan isu halal ini semakin berleluasa terutama di Pulau Pinang yang menyebabkan umat Islam menjadi mangsa daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Ada pengusaha makanan itu telah mencampurkan bahan yang tidak halal dalam memproseskan makanan itu tetapi tidak melaporkan dalam bungkusan produk mereka menyebabkan umat Islam terjebak dalam menggunakan bahan makanan yang tidak halal.

Selain itu, pengusaha restoran juga ada yang mencampurkan bahan tidak halal dengan bahan halal dalam satu tempat seperti peti sejuk. Alasan mereka, makanan tidak halal itu hanya diletakkan bersebelahan saja dan bukan dicampurkan.

Golongan ini seharusnya memahami peraturan mengenai penyimpanan makanan halal ini dan bukanlah memberi alasan yang tidak munasabah semata-mata untuk mengelakkan diri mereka daripada ditutup operasi atau dikenakan denda yang berat.

No comments: