Friday, July 11, 2008

ENGGAN LAYAN CABARAN SUMPAH

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan permintaan Putera UMNO supaya beliau bersumpah menjunjung al-Quran bagi menafikan tuduhan liwat tetapi mengulangi pendirian akan menyerahkan perkara itu kepada para ulama untuk menentukannya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, cadangan Putera UMNO supaya beliau menjunjung al-Quran bukan satu tradisi Islam.

"Pandangan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin berhubung perkara ini pula hanya pandangan umum dan tidak spesifik kepada kes saya, itulah yang beliau sendiri jelaskan kepada saya," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau sanggup menggunakan kaedah mubahalah atau bersumpah bagi membela dirinya yang kini menghadapi dakwaan liwat.
Beliau mendakwa ulama-ulama telah menasihatinya dan memberi amaran supaya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan bersumpah yang boleh mempengaruhi sebahagian besar umat Islam di negara ini.

"Kata mereka, Anwar jika kamu lakukan ini, bererti kamu telah melanggar hukum Syariah," katanya.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan kesediaan berbuat demikian sekiranya ulama atau Mahkamah Syariah meminta beliau bersumpah.

MendakwaPada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur mendakwa dia diliwat oleh Anwar beberapa kali, termasuk kali terakhir dua hari sebelum itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini.

Ditanya mengenai cabaran Mohd. Saiful baru-baru ini supaya beliau melafazkan sumpah di hadapan ulama, Anwar memberitahu, tiada sebarang peruntukan undang-undang Islam yang membenarkan sesiapa bersumpah.

Tanggungjawab bersumpah itu, kata beliau, sepatutnya terletak pada bahu penuduh itu sendiri.
"Adakah ini bermakna kalau orang yang dituduh membunuh perlu bersumpah dan akan bebas daripada tuduhan berkenaan... semua kena ada bukti," ujarnya.

Melur : Jika Anwar benar-benar tidak bersalah, kenapa perlu takut untuk bermubahalah. tetapi Anwar harus ingat, bermubahalah bukanlah sesuatu yang main-main kerana Laknat Allah akan menimpa kepada orang-orang yang bersalah dan berbohong. Hari ini laporan akhbar pula menyebut yang Anwar membuat laporan Qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Bagaimana untuk menuduh orang lain berbohong sedangkan dakwaan liwat terhadapnya masih belum disiasat?. Anwar mahukan bukti yang jelas dan nyata bila tuduhan tersebut membabitkan dirinya tetapi jika dia sendiri yang melakukan pelbagai tuduhan terhadap orang lain, kenapa beliau tidak mengemukakan bukti yang jelas dan nyata. Jangan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Islam adalah agama yang adil. setiap perbuatan hamba-Nya akan diberi balasan juga. Allah telah menjanjikan setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh HambaNya walau sebesar zarah pun akan mendapat dibalas. tunggulah pembalasan dariNya. CUMA PERSOALANNYA SEKARANG, JIKA BENAR-BENAR TIDAK BERSALAH KENAPA PERLU TAKUT DAN BERDOLAK-DALIH??????

No comments: