Wednesday, July 16, 2008

ANWAR GAGAL PERTAHANKAN FORMULA

Oleh Big Dog
(http://bigdogdotcom.wordpress.com)

Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim malam ini gagal mempertahankan skima khusus dengan logik bagaimana beliau boleh menjanjikan penurunan harga runcit petrol sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Beliau setakat mengulangi janji manis yang kosong dan hanya rhetorik berupa kenyataan ‘populists’ (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyakan perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal. Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia. Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.

Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laun akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu. Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia. Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia). Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan. Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang pra-Pilihanraya Umum ke XII, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi hari ini.

No comments: